Setelah sekian lama menunggu, akhirnya peminat skuter maxi YAMAHA Xmax versi kedua telah pun selesai dilancarkan di Sunway Damansara Kuala Lumpur.

Skuter ini diumumkan harga jualannya oleh Hong Leong Yamaha sebanyak RM 23,988 (tanpa kos cukai jalan, insurans dan kos pendaftaran).

Walaubagaimana pun, para pencinta skuter dan motosikal tempatan agak skeptikal pengedar-pengedar motosikal akan menjual pada harga tersebut dan menjangkakan ianya akan diletakkan harga sekitar RM 28-29k atas jalan.

Terlanjur pula masalah pembekalan bahan mentah untuk membuat komponen elektronik masih tidak dapat diselesaikan oleh pasaran global, disamping hanya sejumlah bilangan produksi yang kecil sahaja yang berjaya dihasilkan oleh HLY akibat dari masalah ini berbanding dengan jumlah pengedar-pengedar sah di seluruh Malaysia.

Ini bermakna nilai harga jualan semula Xmax V1 pasti masih lagi dalam angka yang tinggi.







Leave a comment