Petaling Jaya, Malaysia (4 Ogos 2023) – Bagi menulis semula sejarah, kadang kala anda perlu menekan butang pantas ke depan. Inilah apa yang Ducati Scrambler lakukan dengan generasi terbaru, yang bertukar menjadi lebih kontemporari dan membawa personaliti penuh bersemangat. Menerusi “Land of Joy” generasi terbaru ini, dunia kebebasan Ducati Scrambler terus berkembang.

Generasi terbaru Scrambler telah direka semula sepenuhnya, mengekalkan semangat yang menjadikan ia sebagai model berjaya dengan lebih 100,000 peminat seluruh dunia sebagai motosikal yang mudah ditunggang, praktikal dan memiliki personaliti yang mantap.

“Keluarga Scrambler telah menjadi barisan model paling penting bagi Scrambler Ducati Malaysia. Bagi tahun 2022, Scrambler menyumbang kenaikan 30% daripada jumlah jualan Ducati Malaysia. Setakat kini, kami telah menerima hampir 50 tempahan bagi Scrambler generasi terbaru ini, sekaligus membuktikan keterujaan rakyat Malaysia. Mengambil kira Scrambler baru ini dilengkapi pelbagai teknologi, kami percaya harga ini akan menarik minat generasi muda. Scrambler generasi terbaru ini akan memacu kami dalam mencapai sasaran pegangan saham 7% bagi segmen motosikal berkapasiti tinggi di Malaysia,” jelas Ketua Pegawai Operasi Ducati Malaysia, Dennis Michael.

Scrambler generasi-terbaru ini mengetengahkan kesederhanaan dan ketulenan yang sering menjadi nilai utama setiap peminat Scrambler Ducati. Enjin silinder berkembar Desmodue dengan penyejukan udara, kerangka trellis, handle yang lebar, pusat graviti rendah dan pengalaman menunggang yang menyeronokkan kini telah dipertingkat dengan pakej elektronik berteknologi tinggi.

Hasilnya membawa kepada tiga model Scrambler; Icon, Nightshift dan Full-Throttle. Tiga motosikal dengan gaya berbeza ini bersatu menawarkan gaya menunggang yang santai dan ringan ketika di kawasan bandar mahupun luar bandar.

Gaya

Scrambler terbaru ini terus mengekalkan rekaan yang ikonik namun dievolusikan dengan elemen yang kontemporari namun menonjol.

Sekali imbas, lampu depan dengan DLR (Daytime Running Light) cukup mencuri perhatian di samping pencahayaan LED penuh dan bentuk “X” yang sudah ikonik pada model Scrambler. Bentuk lampu LED belakang juga telah direka semula namun masih mengekalkan ciri klasik. Lampu LED di belakang juga berfungsi sebagai lampu isyarat.

Tangki juga telah direka semula dengan penutup disadur aluminium bagi melengkapkan pengayaan baharu generasi terbaru Scrambler. Panel meter yang kini TFT 4.3-inci juga dilengkapi sistem HMI namun masih bersepadu dengan gaya keseluruhan motosikal.

Ciri utama yang meningkatkan lagi personaliti Scrambler adalah kehadiran klac baharu dan penutup altenator yang dilengkapi logo “X”. Penutup tali sawat juga telah diolah agar lebih masuk dengan gaya motosikal.

Teknik

Aspek teknikal pada Scrambler baharu ini juga telah diperbaharui dan diringankan sebanyak 4kg sekaligus menghasilkan jentera yang lebih mudah ditunggang dan dikendalikan.

Penggunaan casis serba baharu juga menyumbang kepada pengurangan berat keseluruhan jentera. Kerangka trellis ini telah dikemas kini agar lebih ringan. Bahagian ‘swingarm’ (lengan ayun) juga serba baharu dan kini dipadankan bersama penyerap hentakan belakang yang diposisikan ke bahagian tengah jentera. Bagi memastikan tunggangan lebih ‘sporty’. kerangka belakang kini dipisahkan dari kerangka utama.

Penambahbaikan juga dilaksana dengan meningkatkan sudut stereng agar pengendalian lebih mudah dalam trafik tinggi. Scrambler baharu ini juga datang dengan reka bentuk rim 18-inci depan dan 17-inci belakang.

Enjin Desmodue juga lebih moden, pertamanya 2.5kg lebih ringan dari generasi terdahulu, dan kini dilengkapi dengan klac lapan cakera agar tarikan klac lebih ringan. Klac terbaru ini juga lebih kompak sekaligus menyumbang kepada penutup klac yang lebih kecil agar terdapat ruang ekstra bagi kaki penunggang. Pertukarna gear juga lebih tepat dengan penggunaan ‘bearing-mounted shift drum’.

Ducati Scrambler kini lebih mengujakan dan selamat dengan pengenalan sistem pengurusan Ride-by-Wire. Solusi terbaru ini menjadikan respon enjin lebih tepat dan cepat bagi setiap keterbukaan ‘throttle’. Sistem terbaru itu juga merangkumi Ducati Traction Control dan dua Riding Mode; Sport dan Road. Juga didatangkan secara standard ada Cornering ABS.

Terima kasih kepada pengenalan Ride-by-Wire, enjin Desmodue terbaru ini juga boleh dinaik taraf dengan fungsi Ducati Quick Shift atas/bawah, yang didatangkan secara standard pada varian Full Throttle namun boleh ditambah pada Icon dan Nighshift. Juga ditawarkan adalah Ducati Multimedia System yang menawarkan fungsi pengurusan muzik dan panggilan telefon.

Scrambler Icon

Icon merupakan petanda aras barisan model Ducati Scrambler. Bahagian tangki menjadi ciri utama yang mengetengahkan konsep ‘customization’ yang ada pada Scrambler Icon. Bahagian berwarna pada tangki boleh diganti dengan warna lain temrasuk bahagian fender dan tag pada rim serta penutup lampu depan. Selain daripada tiga warna ditawarkan; 62 Yellow, Thrilling Blac dan Ducati Red, terdapat enam lagi warna tambahan yang hadir sebagai kit akesosri.

Scrambler Icon juga dibezakan dengan ‘handlebar’ yang lebih rendah dan rapat dengan penunggang. Tempat duduk juga telah direka semula. Melengkapkan lagi rekaan Icon adalah panel sisibewarna hitam dengan grafik Scrambler.

Scrambler Nightshift

Nightshift merupakan varian paling elegan, dibezakan dengan kemasan klasik dan kemas termasuk tempat duduk ala Cafe Racer dan gabungan warna permukaan ‘glossy’ dan ‘matte’. Scrambler Nighshift ini juga dibezakan dengan fender depan yang minimal, serta lampu isyarat LED yang kompak.

Warna Nebula Blue kini dipadankan bersama rim serba hitam yang menyumbang kepada rupa lebih sofistikated sementara komponen lain seperti ‘handlebar’ yang rata dan ‘bar-end miror’ menyerlahkan lagi gaya cafe racer.

Disebabkan kedudukan ‘handlebar’ boleh ubah, gaya menunggang Nightshift juga lebih sporty.

Scrambler Full Throttle

Scrambler Full Throttle merupakan varian paling sporty dan agresif yang ditawarkan dan mengambil inspirasi dari kejuaraan flat track di Amerika Syarikat. Sekali imbas, perkara pertama yang akan dipadang adalah angka 62 di bahagian sisi yang meraikan model Ducati Scrambler pertama diraikan.

Turut menonjolkan lagi perwatakan Full Throttle adalah kehadiran kemasan berwarna hitam dan panel badan berwarna merah. Fender depan yang lebih pendek, ekzos Termignoni yang dibenarkan, lampu isyarat LED Ducati Performance dan sistem Ducati Quick Shift (atas/bawah) yang didatangkan secara standard.

Pelanggan juga boleh menambah aksesori tambahan termasuk penutup tempat duduk Rosso GP19.

Kustom

Scrambler Ducati menawarkan pelbagai pilihan dari segi aksesori dan pakaian bagi pelanggan yang mahu meluahkan personaliti masing-masing pada jentera Scrambler. Antara ditawarkan termasuk ekzos gaya ‘Flat Track’.

Enjin

Enjin yang ada pada Ducati Scrambler generasi baharu ini dalah platform L-Twin 803c 2-valve dan penyejukan udara. Enjin tersebut telah diolah semula bagi membolehkan fungsi Ride-by_Wire agar pecutan lebih lancar pada kelajuan tinggi mahupun rendah.

Sistem Ride-by-Wire juga membawa kepada pengenalan fungsi dua Riding Modes termasuk Sport dan Road yang menyelaraskan prestasi enjin mengikut kesesuaian selain serta fungsi ‘traction control’ 4 peringkat.

Enjin Desmodue pada Scrambler juga telah dipadankan bersama ‘throttle body’ 50mm boleh kawal bagi memastikan aliran kuasa yang lebih lancar dalam apa jua situasi.

Klac lapan plat serba baharu pula diambil daripada model Monster dan dikawal secara hidraulik bagi memastikan beban yang lebih rendah. Generasi terbaru platform Desmodue ini turut menawarkan pertukaran gear yang lebih tepat dengan bantuan ‘bearing mounted shift drum’. Kotak gear 6-kelajuan ini juga boleh dipadankan bersama sistem ‘quickshifter’ yang ditawarkan sebagai opsyen tambahan bagi Icon namun standard pada Full-Throttle dan Nightshift.

Enjin dua silinder Desmodue ini menawarkan 73hp pada 8,250rpm dan 65.2Nm pada 7,000rpm.

Casis

Scramber generasi terbaru ini dilengkapi dengan kerangka tiub trellis yang dipadankan bersama kerangka belakang jenis terkunci bagi membolehkan pemilik atau pakar kustom melakukan pengubahsuaian radikal. Kerangka pada Scrambler baharu ini bukan sahaja melitupi enjin malah turut memanjang sehingga ke bawah tempat duduk. Disebabkan ‘steering head’ juga kini 24-darjah lebih condong dan dengan trail diletakkan pada 108mm menjadikan generasi baharu Scrambler ini lebih lincah dalam trafik dan ketika menyelusuri selekoh.

Bahagian tangki dengan gaya ‘teardrop’ pula menawarkan kapasiti 13.5L.

Kelengkapan suspensi pula terdiri daripada fork depan 41mm jenis ‘upside/down’ dari Kayaba yang menawarkan ‘spring preload’ boleh laras termasuk di penyerap hentakan belakang. Kedua-duanya juga menawarkan jarak gerak 150mm sekaligus sesuai untuk melayan permukaan tak rata.

Varian Icon dan Full-Throttle dipadankan dengan rim aluminium 14-bilah manakala Nighshift pula hadir dengan rim lidi (spoked). Kesemuanya didatangkan dengan tayar Pirelli MT60 RS.

Bagi memastikan prestasi membrek kekal optimum, kesemua varian datang dengan cakera brek berkembar 330mm di bahagian depan berserta kaliper brek Brembo 4-piston. Dibelakang pula menawarkan cakera brek 245mm dengan kaliper 1-piston.

Ketiga-tiga varian akan dipamerkan di pusat pameran Ducati Malaysia seluruh negara dengan harga berikut:

Scrambler Icon – RM62,900 • Scrambler Nightshift – RM69,900 • Scrambler Full-Throttle – RM69,900.

Pemilikan Cepat dan Mudah dengan Pembiayaan Ducati Corse Credit

Kesemua model Ducati dan Scrambler boleh dimiliki menerusi pembiayaan eksklusif – Ducati Corse Credit. Pelan pembiayaan yang ditawarkan menjadikan pemilikan jentera Ducati lebih efisien:

• diperkenalkan khas untuk motosikal Ducati dan Scrambler • skema bayaran balik yang fleksibel • kelulusan lebih cepat • kadar faedah serendah 4.88% • bayaran pendahuluan 10%

Bagi menerima kemas kini dan informasti terbaru tentang jenama, produk dan acara Ducati, sila ikuti Ducati Malaysia di Facebook atau Instagram.

Leave a comment

Trending