Public Bank menandatangani Memorandum Kerjasama (MoC) dengan Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET) Rabu lepas bagi penyediaan kemudahan pembiayaan produk dan perkhidmatan kewangan lengkap dan memulakan pendigitalan melalui penyepaduan sistem dengan smart Malaysia dan penjual sahnya.

Kerjasama ini akan membolehkan Public Bank mengantara muka dan memudahkan pendigitalan melalui permohonan pembiayaan akhir sewa beli dan pembiayaan Penstokan Lantai secara dalam talian dengan Aplikasi pelanggan smart dan penjual sahnya, sekali gus memperbaiki bahagian pasaran dalam industri automotif kenderaan elektrik (EV).

PRO-NET ialah pengimport dan pengedar eksklusif yang sah bagi kenderaan smart di Malaysia dan Thailand. Perjanjian strategik ini dijangka akan meningkatkan jualan EV inovatif baharu syarikat tersebut. Tawaran permulaan untuk pasaran Malaysia ialah smart #1, kenderaan pemenang anugerah dan muncul buat pertama kalinya baru-baru ini di Ekspo Kenderaan Elektrik (EVx) 2023 di Pusat Konvensyen Setia City. Kenderaan ini berjaya menarik perhatian para peminat tempatan dan menjadi topik perbincangan hangat di media sosial.
Hadir pada majlis di Menara Public Bank ialah Tan Sri Dato’ Sri Dr. Tay Ah Lek, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Public Bank; Dato’ Chang Kat Kiam, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Public Bank; En. Roslan Abdullah dan En. Wang Huaibing, kedua-duanya Ahli Lembaga Pengarah PRO-NET; En. Zhang Qiang, Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET serta kakitangan Pengurusan Kanan daripada kedua-dua buah syarikat.
Tan Sri Dato’ Sri Dr. Tay Ah Lek dalam ucapannya berkata, “Menyokong pertumbuhan Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) sentiasa menjadi tunjang utama agenda pemeliharaan iklim kami. Bank telah memperuntukkan lebih daripada RM30 bilion dalam pembiayaan NEV domestik pada akhir tahun 2022, yang mewakili kira-kira 52% daripada jumlah keseluruhan portfolio pembiayaan Sewa Beli Bank. Untuk membuktikan komitmen Bank, sasaran pemberian pinjaman untuk NEV kini ditingkatkan kepada RM33 bilion menjelang tahun 2025.
Beliau berkata, “Terdapat peluang yang mendorong Public Bank dan PRO-NET untuk memulakan kerjasama dari awal. Kerjasama ini bukan sahaja bermanfaat untuk kami bagi mencapai objektif perniagaan masing-masing, malah turut menyumbang kepada usaha bersama kami untuk menangani perubahan iklim”.
En. Zhang Qiang berkata, “Penciptaan Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) menandakan peralihan penting daripada produk tradisional dengan memanfaatkan teknologi EV untuk memupuk kesalinghubungan yang dipertingkatkan dan memenuhi keperluan pelanggan yang semakin berkembang. PRO-NET komited terhadap misi utamanya untuk menyediakan pengalaman digital yang lancar kepada pelanggan dalam kerjasamanya dengan rakan perniagaan eko yang bereputasi dan menyasarkan untuk mencapai ekosistem mobiliti EV berjenama smart. Usaha PRO-NET dalam membangunkan Aplikasi pelanggan smart Malaysia menunjukkan progres yang baik dan akan menawarkan pelbagai perkhidmatan eko yang luar biasa, termasuk permohonan pinjaman dalam talian yang mudah dan maklumat pengecasan yang lancar. Matlamat kami adalah memastikan urus niaga yang telus, meningkatkan kecekapan dan memberikan pengalaman yang pantas dengan jenama smart ini”.
En. Roslan Abdullah berkata, “Melalui kerjasama dengan Public Bank, matlamat kami adalah untuk mempercepatkan proses pembelian, menyediakan kemudahan dan membentuk semula pengalaman digital pelanggan. PRO-NET dan smart mengutamakan inovasi dan kepentingan pelanggan serta komited untuk terus menawarkan penyelesaian premium dan bersama-sama mencorak masa hadapan yang lebih baik untuk para pelanggannya yang dihargai. “.

“Sebagai jenama EV pertama yang bekerjasama dengan Public Bank, smart merupakan perintis terawal dalam transformasi persekitaran digital industri perbankan,” katanya.






Leave a comment