YAMAHA Y15ZR yang begitu popular dan sinonim dengan rakyat Malaysia kini dihasilkan semula sebagai edisi istimewa atau “SPECIAL EDITION” (SE), lengkap dengan skim warna baru dan AERO KIT eksklusif.

Y15ZR SE terbaru ini boleh mula didapati di wakil-wakil jualan YAMAHA yang SAH di seluruh negara bermula 15hb OGOS 2023. Harga pasaran cadangan (RRP) RM 9,498.00 tidak termasuk cukai jalan, insurans dan kos pendaftaran.

Para pemilik YAMAHA Y15ZR SE baru ini juga akan menerima mangga cakera brek bernilai RM100 dengan setiap pembelian.


Yamaha Y15ZR SE ini dikuasai oleh enjin selinder tunggal yang menepati piawaian EU4, 150 cc, sejukan cecair SOHC yang menghasilkan 11.6kW pada kadar 8,500 rpm dan tork sebanyak 14.4 Nm pada kadar 6,500 rpm.










Leave a comment