Shah Alam, August 18, 2023 –Edaran Modenas Sdn Bhd (“EMOS” atau “Syarikat”), anak syarikat milik penuh Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (“MODENAS”), akhirnya mengumumkan harga rasmi model Modenas Ninja ZX-25R SE ke pasaran.

Lime Green / Ebony RM 33,900

George Kashiwagi, Ketua Pegawai Pemasaran:
“Titik harga bukan sahaja menjadi tanda tahap dedikasi Syarikat dalam menyediakan motosikal prestasi bertaraf dunia, malah ia memudahkan lagi rakyat Malaysia untuk memilikinya.”

Metallic Matte Graphenesteel Grey / Ebony RM33,900

Kuasa Tiada Tandingan
Pencabar baharu untuk segment motosikal 250cc, Modenas ZX-25R SE ini dikuasakan oleh sebuah enjin 4 selinder sebaris, lengkap dengan sejukan cecair baharu dengan janaan kuasa maximum pada 12,500 rpm sehingga 17,000 rpm. Ianya turut dipadankan dengan tangki bahanapi yang besar sekaligus menyebabkan model ini 18kg lebih berat berbanding model Modenas Ninja 250 yang ada dipasaran. Walaupun reka bentuk ZX-25R SE ini didatangkan dengan posisi tunggangan ‘sporty’ yang berinspirasikan model ZX-10R, namun kedudukan handlebarnya tidak terlalu rendah dan ia mampu memberikan tahap keselesaan yang optima ketika menunggang. Modenas ZX-25R SE muncul sebagai pendahulu dalam setiap aspek. Daripada estetik yang menakjubkan kepada ciri terkini seperti kawalan cengkaman, fork USD, brek jenis radial, dan enjin 4 silinder sebaris. ZX-25R SE ini bakal menawan hati setiap peminat jentera dua roda tempatan.

Ketua Pegawai Eksekutif – En. Roslan Roskan turut menambah:
“Model ZX-25R SE ini amat simbolik dimana ia menggabungkan inovasi, prestasi dan semangat yang dikongsi bersama Modenas dan Kawasaki. Ia juga turut menjadi titik permulaan baharu dan bakal menukar sejarah dunia permotoran di Malaysia.”

Tempahan telah dibuka.
Bersempena dengan pengumuman ini, tempahan untuk model ini telah dibuat di mana-mana pengedar Modenas Kawasaki atau pengedar Sah Kawasaki All-Star di seluruh negara.

Untuk pencarian lebih mudah, anda boleh layari laman sesawang kami di https://www.kawasaki.com.my/kawasaki/all-star.

Untuk informasi lebih lanjut mengenai model-model tahun 2023 dan segala berita terkini, anda boleh layari laman sesawang rasmi MODENAS atau KAWASAKI Malaysia di https://modenas.my/v2/ , http://www.kawasaki.com.my/ atau hubungi Talian Bebas Tol di 1-800-880-008 atau WhatsApp Careline di +6019-570 8135.

Leave a comment

Trending