28 Julai 2023 – Perkarangan Hong Leong Yamaha Motor di Sungai Buloh digegarkan oleh bunyi jentera Yamaha Y-16ZR seawal 7.30am.

Sekumpulan rider-rider dari utara telah pun berada dalam perkarangan HQ Yamaha Motor Malaysia untuk bergabung dengan ahli-ahli kelab yang sama dari sentral, dengan destinasi yang sama iaitu ke Terengganu.

Seperti biasa, pasti terdapat kelewatan aturcara apabila menghimpunkan bikers, dan geng-geng sentral hanya mula dilihat kelibatnya menjelang jam 9am.

Pengumpulan para pemilik YAMAHA Y-16ZR di HLYM ini adalah untuk membahagi-bahagikan baju rasmi untuk para peserta konvoi serta sekaligus menjalankan upacara perlepasan rasmi oleh para Pengurusan Yamaha Motors.

Selepas selesai sesi bergambar beramai-ramai di muzium YAMAHA MOTOR dan Cafe Gen Blue, para peserta konvoi akhirnya dilepaskan secara rasmi lebih kurang jam 11.00am.

Leave a comment

Trending