Sempena kempen Volvo – ‘Makers of Tomorrow’.

VOLVO bukanlah satu jenama asing di Malaysia. Malah, tidak keterlaluan jika dikatakan Volvo berevolusi seiring dengan evolusi negara kita yang mendapat kemerdekaannya daripada 1957 serta memperkasakan pembentukan Malaysia pada tahun 1963.

Hanya 10 tahun setelah Malaysia mencapai kemerdekaan, dan hanya 4 tahun setelah pembentukan Malaysia, Volvo merupakan kilang otomotif berjenama antarabangsa yang membangunkan kilang pemasangan di Shah Alam. Model VOLVO 144 merupakan model pertama yang terhasil daripada produksi kilang tersebut.

56 tahun kemudian, pasaran otomotif tempatan tidak ketinggalan menyaksikan model-model kereta Volvo atas jalanraya Malaysia, samada daripada model-model bahanapi konvensional, jenis hibrid atau kereta elektrik sepenuhnya.

A group of people standing outside a car

Description automatically generated

Charles Frump, Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia, Kim Seng Moo, Ketua Operasi Komersil Volvo Car Malaysia and Bharat Sirohi, Ketua Jualan Langsung Atas Talian Volvo Car Malaysia melepaskan konvoi “Joyride Makers of Tomorrow.”

Atas dasar itu, konvoi Joyride ini dirancang, sempena kempen “Makers if Tomorrow” Volvo, bagi mengimbau kembali keberadaan Volvo yang seiring dengan pembangunan Malaysia.

Konvoi ini menyaksikan barisan kereta-kereta Volvo dari pelbagai tahun pembuatan, sehinggalah kepada model yang terkini pembuatannya. Yang menariknya, ia adalah milik individu yang datangnya daripada kelab-kelab pemilik Volvo tempatan.

Antara model-model klasik yang kelihatan adalah Volvo 122, 122s, 144, coupe P1800, dan disulami oleh barisan model-model terkini Volvo seperti XC50 Recharge, XC60 Recharge dan EVC40.

Pameran evolusi kereta-kereta Volvo di Bangsar Shopping Centre sempena acara ini.

Leave a comment

Trending