Kuala Lumpur Bike Show 2023 (KLBS’23) mlbuat julung kalinya membuka pintunya untuk menerima kunjungan orang ramai di hari pertama expo khas untuk motosikal, bertempat di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL).

Acara gemilang ini diwujudkan khusus untuk dijadikan tarikan kepada golongan tempatan serta antarabangsa dan diwartakan bakal menjadi acara utama untuk industri dua roda tempatan.

Ekspo ini bakal dijalankan selama 4 hari bermula 24hb Ogos sehingga 27hb Ogos 2023. Acara bertiket ini membolehkan para pengunjung mengulangi lawatan mereka untuk mengikuti acara-acara yang turut serta diadakan dalam ekspo ini.

KLBS’23 ini dianjurkan bersama di antara Moventuum Sdn Bhd dan Bayu D Enterprise (penerbit majalah ulung motosikal tempatan, RodaRoda), serta disokong oleh Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (MTPB) atau Tourism Malaysia, Kementerian Pelancongan, Kesenian, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL) dan Persatuan Pelancongan Kuala Lumpur.


Untuk maklumat lanjut, sila ke laman web http://www.kualalumpurbikeshow.com


Acara hebat ini turut bakal dimeriahkan dengan konsert kumpulan rock lagenda negara, WINGS, pada 26hb Ogos, bertempat di Dewan Merdeka WTC KL.
















Leave a comment