KUALA LUMPUR, 24 OGOS 2023 – Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd., pengedar eksklusif jenama
QJMOTOR di Malaysia, telah memberikan kejutan dengan melancarkan model 600cc iaitu SRK600RC.

Didatangkan prestasi yang dipertingkatkan dan rekaan yang memukau, model ini adalah pilihan terbaik untuk pencinta motosikal di seluruh negara. QJMOTOR Malaysia menawarkan model terbaru ini dengan RM39,888.00 sebagai harga permulaan tidak termasuk insurans dan cukai jalan serta hadir dengan dua warna pilihan; Hitam atau Biru.

Bagi model SRK600RC, ia dipadankan dengan enjin empat silinder, dengan 16 injap dan sistem DOHC. Sistem penyejukan cecair untuk enjinnya memastikan pengurusan haba optimum untuk prestasi yang konsisten dan cekap merentasi pelbagai keadaan. Menunjukkan kehebatannya, kuasa maksimum SRK 600 RC mencapai 60.0kW pada 11,000rpm adalah bukti keupayaannya untuk melancarkan pecutan yang menakjubkan.

Tork maksimum untuk model ini adalah 51.0Nm pada 10,500rpm, memastikan kekuatan yang memuaskan, menjadikan setiap lilitan pendikit pengalaman yang dinamik bagi model
ini.

Sistem klacnya adalah dari jenis berlubrikasi dan Plat Manual berbilang (ASC), memberikan kawalan yang tepat ke atas penglibatan dan pengasingan gear. QJMOTOR SRK600RC ini memiliki transmisi 6-kelajuan secara manual. Didatangkan dengan berat 225kg, reka bentuk SRK600RC mengimbangi ketangkasan dengan kestabilan yang menyumbang kepada kecekapannya di jalan raya, sesuai dengan berat model itu sendiri.

Bagi sistem brek pula, model gah ini dilengkapi dengan Sistem Brek Anti-kunci (ABS) yang menghalang roda daripada terkunci semasa brek keras atau mengejut. Keupayaan ini membantu meningkatkan prestasi brek keseluruhan dan kestabilan semasa brek.

Model ini mempunyai ciri dan keunikannya yang tersendiri yang sudah pasti memberi pilihan luar
biasa kepada peminat motosikal dunia. Mengikut kesesuaian model dan reka bentuknya, model ini
dilengkapi dengan spesifikasi enjin yang mengagumkan, pengendalian responsif dan reka bentuk yang direka dengan baik serta menjanjikan perjalanan yang menggembirakan bagi penggemar motosikal dengan penampilannya yang mengagumkan.

SRK600RC ini boleh didapatkan di mana-mana pengedar sah QJMOTOR di seluruh tanahair.

Leave a comment

Trending