KUALA LUMPUR, 24 OGOS 2022 – Satu sidang media khas mengenai penyertaan Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. (Mforce) dalam Rimba Raid Taman Negara 2023 tahun ini telah diadakan di KL Bike Show 2023 hari ini. Di sidang media ini, Mforce mengumumkan bahawa mereka akan mempertandingkan dua model motosikal iaitu WMOTO SX2-300 dan Moto Morini X-Cape 650X, sama seperti tahun lepas.

Pada tahun ini, Moto Morini X-Cape 650X akan ditunggang oleh pelumba yang sama iaitu Muhamad Nazmee bin Ramlee manakala, WMOTO SX2-300 akan ditunggang oleh Muhamad Amirul bin Ramlee. Rimba Raid Taman Negara 2023 akan bermula dari 31 Ogos hingga 3 September 2023. Tahun lalu, WMOTO SX2-300 berjaya meraih tempat ketujuh keseluruhan bagi kategori C manakala
Moto Morini X-Cape 650X menamatkan perlumbaan dengan kedudukan yang mengagumkan, iaitu tempat ke-15 keseluruhan atau pelumba Malaysia yang ketiga untuk kategori B.

Kejayaan ini membuktikan bahawa Moto Morini dan WMOTO adalah antara jenama yang perlu digeruni oleh pelumba yang lain kerana kemampuan jenama ini menamatkan perlumbaan. Pencapaian ini bukan sahaja menonjolkan keupayaan teknikal motosikal, tetapi juga menunjukkan kecekapan dan ketahanan para pelumba mengharungi segala cabaran yang disediakan oleh pihak penganjur.

Walaupun mendapat keputusan yang memberangsangkan, Mforce tidak akan terus selesa malah bakal menggunakan strategi baharu untuk memastikan kedua-dua model yang dipertandingkan ini bakal meraih
tempat di podium. Tambahan pula, para pelumba ini dijangka bakal menghadapi laluan perlumbaan yang lebih mencabar dan panjang iaitu lebih kurang 250km berbanding tahun lepas yang cuma 150km sahaja.

Oleh itu, perancangan yang lebih teliti perlu dilakukan untuk memastikan kejayaan berada di pihak Mforce. Sidang media pada hari ini juga menyaksikan termeterainya perjanjian di antara dua pihak di mana pelumba WMOTO SX2-300, Muhamad Amirul bin Ramli menandatangi perjanjian tersebut dan ditandatangani oleh Encik Asri Ahmad, Ketua Pegawai Operasi Mforce. Manakala untuk Moto Morini, pelumba Muhamad Nazmee bin Amirul menandatangi perjanjian bersama dengan Pengarah Jabatan
Jualan Antarabangsa Moto Morini iaitu Ethan.

Keadaan geografi laluan yang begitu mencabar dan jarak perlumbaan sepanjang 200km, tidak dapat dinafikan bahawa ia menguji kecekapan, mentaliti, dan ketahanan pelumba, serta menuntut jentera perlumbaan yang terbaik untuk melengkapkan perlumbaan tersebut. Langkah Mforce untuk terus mengkaji dan mempertingkatkan strategi yang digunakan dalam acara Rimba Raid ini adalah wajar
Pengalaman dari perlumbaan lepas akan memberi adalah sangat berharga untuk pihak Mforce menilai semula tentang kekuatan dan kelemahan, serta membantu dalam penyempurnaan prestasi motosikal-motosikal tersebut semasa perlumbaan.

Pihak Mforce mengharapkan agar Muhamad Nazmee bin Ramli dan Muhamad Amirul bin Ramli berjaya memberikan prestasi yang terbaik dalam perlumbaan RIMBA RAID nanti.

Leave a comment

Trending