Kemunculannya dalam pasaran tempatan sememangnya di nanti-nantikan oleh peminat motosikal lasak dan touring.

Yamaha Tenere 700 atau T7 telah berulangkali membuktikan kehebatannya dalam perlumbaan-perlumbaan hebat antarabangsa seperti perlumbaan motosikal lasak di Dakkar, malah dalam perlumbaan motosikal lasak tempatan juga sepert Rimba Raid di Kuala Tahan, Jerantut, Pahang pada tahun 2022 yang lepas, Yamaha T7 ini menggondol 5 tempat teratas dalam perlumbaan ini.

Apakah yang menariknya Yamaha T7 ini? Selaku seorang yang pernah menguji pandunya sekitar tahun lepas, T7 ini boleh dikemudi ibarat sebuah motor scrambler berkapasiti 250 ketika dalam suasana ‘off road’. Pengemudian yang mudah untuk melepasi halangan atau kesukaran bentuk mukabumi. Dari segi perasaan motorsikal yang terasa ringan untuk dikemdalikan, tetapi saat anda memerlukan kuasa tujahan untuk melepasi bukit bukau atau lopak air, enjinnya tidak mengecewakan walaupun berkonsepkan sama seperti Yamaha MT07.

Menunggang pula di jalan-jalanraya persekutuan atau jalan kampung, tetutama yang berliku-liku, T7 ini seolah-olah berubah fungsi menjadi sebuah motosikal motard atau street bike. Pengambilan selekoh yang agresif dan laju, bukanlah satu masalah untuknya.

Maka, adakah T7 ini tidak sesuai ditunggang atas lebuhraya? Kekuatan jentera Yamaha Tenere 700 ini berupaya untuk menjejak kelajuan hampir 200kmj sekiranya anda berani mencubanya, tetapi harus diingat, T7 tidak dicipta untuk kelajuan atas lebuhraya, maka ledakan angin yang menghempas kepala, dada dan motosikal anda, pasti amat mengganggu dari segi kestabilan penunggangan. Namun jika objektif anda untuk melihat sendiri sekuat mana enjin T7, maka anda akan capai dan kagum hasil ujian anda nanti.

Yamaha Tenere 700 ini, telah menjadi pilihan ramai penunggang-penunggang yang inginkan aktiviti lasak, malah ianya menjadi keinginan utama para penggemar aktiviti pengembara bermotor. Selain mudah untuk ditunggang offroad, dan berupaya masuk hutan atau kawasan perkhemahan anda, ianya cukup berkuasa atas lebuhraya.

Harga jualan di Malaysia walaubagaimana pun agak tinggi juga iaitu harga sebelum caj insurans, pendaftaran dan cukai jalan adalah RM69,988. Senang cerita OTR RM71-72K lahh….😭

Leave a comment

Trending