R15M seringkali dilihat sebagai penarik kepada peminat-peminat sukan lumba motor khasnya pada jenama Yamaha. Model ini ditujukan khas kepada para penunggang motosikal jenis SPORT, sekaligus terus melengkapkan keinginan seseorang pemilik motosikal yang menginginkan spesifikasi sebuah motosikal yang meyerupai jentera lumba motogp.

Kini Hong Leong Yamaha memberikan peluang untuk anda memiliki R15M dengan skim warna MONSTER ENERGY. Namun begitu, model R15M yang lain masih tetap berada di pasaran.
Yamaha YZR-R15M Edisi Monster Energy ini hanya akan dihasilkan secara terhad iaitu sebanyak 600 unit sahaja, dan hanya boleh di dapati di pengedar-pengedar Yamaha yang sah bermula daripada 13 Oktober 2023.
Harga pasaran yang disyorkan ialah RM 14,998.00 tidak termasuk kos pendaftaran, cukai jalan dan insuransi.
Para pemilik R15M yang baharu ini bakal juga menerima Mangga kunci cakera Yamaha bernilai RM100 dengan setiap pembelian.

Sebagai informasi, Yamaha YZF-R15M adalah dikuasakan oleh enjin 155cc, sejukan cecair, SOHC dan menggunakan sistem suntikan bahanapi lengkap dengan VVA (Variable Valve Actuation) yang menjanjikan kuasa maksima 14.2kW pada kadar 10,000 rpm dan 14.7Nm pada tahap tork pada kadar 8,500rpm.
Selain daripada itu, ianya juga di datangkan dengan sistem YAMAHA Y-CONNECT, dan penutup pelana pembonceng menyerupai carbon fiber.







Leave a comment