Pembukaan rasmi YAMAHA LIFESTYLE MALL yang diusahakan oleh Hong Bee Motors Sdn Bhd. Satu lagi tandamercu YAMAHA kini di Autocity Juru, Pulau Pinang. Pusat sehenti ini menempatkan tiga segment produk YAMAHA iaitu Yamaha Motors, Yamaha Marin dan juga Yamaha Music.

Sebuah kompleks yang serba kini, memfokuskan keselesaan pelanggan YAMAHA khususnya, dan sekaligus meningkatkan imej dan keberadaan jenama YAMAHA.

Bersesuaian dengan impian Prof Dato’ Jim Khor, Pengarah Urusan Kumpulan Hong Leong Industries, yang juga merangkap Pengarah Urusan Hong Leong Yamaha, yang menginginkan untuk mengubah imej perniagaan kedai motor yang kotor, tidak mesra pelanggan dan berserabut. Langkah-langkah yang telah diambil untuk mengubah tradisi ini akhirnya berjaya melahirkan YAMAHA LIFESTYLE POINT dan yang terkini, lahirlah YAMAHA LIFESTYLE MALL, pertama seumpamanya dalam negara dan juga Asia Tenggara.

Kunjungi dan rasai sendiri satu fenomena dunia terbaru YAMAHA di Autocity, Juru, Pulau Pinang.

Leave a comment

Trending