PULAU PINANG, 19 JANUARI 2024 – Selepas melancarkan RT2 baru-baru ini, hari ini WMOTO Malaysia sekali lagi melancarkan model skuter 150cc terbaharu iaitu RT1 dan motosikal moped atau underbone SM125i.

Pelancaran skuter RT1 dijangkakan akan menambahkan lagi koleksi dalam siri RT selepas RT2 dan juga RT3. Di datangkan dengan tiga warna pilihan iaitu Enchanting Blue, Mystique Black dan Dazzling Grey, WMOTO RT1 dijual dengan harga RM9,888.00 tidak termasuk insurans dan cukai jalan.

RT1 ini menggunakan enjin 149.3cc, silinder tunggal, 4-lejang, ianya mampu menghasilkan kuasa maksima 11.5Kw pada 8,000rpm dan tork maksima 14.5Nm pada 6,750rpm. Dengan ciri-ciri yang menarik, semestinya model ini mampu memenuhi citarasa dan keinginan peminat-peminat skuter tempatan.

WMOTO RT1 menampilkan nilai eksklusifnya apabila menggunakan Sistem Kawalan Cengkaman (TCS) dan panel meter jenis TFT, sekaligus menjadikan model ini sebagai skuter 150cc yang pertama dilengkapi dengan sistem sebegini. Untuk sistem TCS, ia sangat berfungsi untuk menjamin keselamatan penunggang dimana ianya untuk mencegah tayar motosikal dari tergelincir ketika penunggangan terutamanya atas jalanraya yang licin kerana hujan.

Terdapat juga sistem Brek Anti-Kunci (ABS), untuk meningkatkan tahap keselamatan tambahan pada model terbaharu WMOTO ini. RT1 menggunakan sistem pencahayaan LED penuh pada lampu hadapan dan belakang serta mempunyai reka bentuk yang tirus, menjadikan ianya kelihatan lebih kemas.

Sama seperti RT2 dan RT3, model ini didatangkan kamera papan pemuka hadapan dengan kualiti setinggi 1080p, mengupayakan para penunggang untuk merekodkan perjalanan dengan lebih jelas.

Selain itu juga, skuter ini menggunakan sistem kunci pintar yang mudah digunakan untuk menghidup dan mematikan enjin.

Menambahkan lagi ciri kekemasan pada skuter ini, WMOTO RT1 turut dipasang dengan pad anti-
gelincir di bahagian pemijak kaki manakala pedal penumpang pula bersalut aluminium. Di bawah tempat duduk, terdapat ruang simpanan yang luas yang turut dipasang dengan lampu LED yang cukup membantu menyuluh ruang simpanan terutamanya ketika suasana gelap. Melengkapkan lagi kesempurnaan adalah cermin penghadang angin yang bergaya.

Mforce Bike Holdings Sdn Bhd sentiasa komited dalam memastikan motosikal-motosikal yang dikeluarkan adalah mampu milik untuk pasaran Malaysia tanpa mengabaikan spesifikasi yang terkini. Oleh itu, menerusi jenama WMOTO juga, Mforce telah melancarkan dengan serentak, sebuah motosikal kategori kapcai iaitu SM125i.

Dipasarkan dengan harga RM5,888.00 sahaja tidak termasuk insurans dan cukai Jalan, langkah ini didapati memberi lebih banyak peluang kepada masyarakat untuk memilikki motosikal ini.

WMOTO SM125i ini dipacu enjin 123.7cc silinder tunggal, 4-lejang SOHC dengan sistem bahan api
suntikan elektronik. Padanan transmisi yang digunakan adalah jenis empat kelajuan dan ia mampu menghasilkan kuasa maksimum 5.8kw pada 8,000rpm dan tork 8.5 pada 6,000rpm.

Pada bahagian hadapan motosikal ini, terdapat suspensi jenis teleskopik, manakala di belakang terdapat dua penyerap hentak. Tayar hadapan pulak dilengkapi dengan brek cakera manakala belakang menggunakan jenis dram.
Menariknya, WMOTO SM125i merupakan motosikal kapcai 125cc yang pertama menggunakan panel meter pelbagai warna. Walaupun dengan konsep motosikal ekonomi, model terbaharu WMOTO ini dilengkapi dengan lampu LED penuh pada lampu hadapan, lampu penunjuk arah dan juga lampu belakang.

Menariknya, WMOTO SM125i merupakan motosikal kapcai 125cc yang pertama menggunakan panel meter pelbagai warna. Walaupun dengan konsep motosikal ekonomi, model terbaharu WMOTO ini dilengkapi dengan lampu LED penuh pada lampu hadapan, lampu penunjuk arah dan juga lampu belakang.

Dengan setiap pembelian WMOTO SM125i dan WMOTO RT1 para pembeli boleh menikmati jaminan selama dua tahun atau jarak perjalanan 20,000 km (yang mana tiba dahulu) dan perkhidmatan pembelian alat ganti tulen atas talian oleh MForce Bike Holdings Sdn. Bhd.







Leave a comment