Nama pasukan AHM atau Ah Hong Motor sangat tidak asing lagi dalam kancah perlumbaan motosikal premier di tanah air. Beratus-ratus kemenangan podium telah dicapai samada di peringat kebangsaan mahupun di peringkat antarabangsa.

Menjelang musim Malaysian CubPrix 2024 ini, pasukan AHM bersama penaja barunya, melancarkan pasukan berimej baru dan penyertaan mereka untuk musim ini mahu dikenali dengan nama YAMAHA TEKHNE AHM MOTOR SPORTS dan sekali gus memperkenalkan skim warna baru jentera-jentera motosikal mereka dengan barisan pelumba-pelumba rasmmi mereka untuk kategori CP150 dan CP125.

Membawa bersama pengalaman mereka dalam kancah perlumbaan motosikal negara, pengalaman suka-duka selama 35 tahun, pasukan lumba AHM ini diterajui oleh Pengerusinya iaitu Kenny Chua serta diuruskan oleh Ketua Eksekutifnya William Chua, pasukan anak-beranak ini bakal memahatkan lagi nama mereka dalam persada perlumbaan motosikal tanahair.

Usahasama dengan gergasi motosikal tanahair, iaitu Hong Leong Yamaha Malaysia dan Tekhne iaitu syarikat pembekal alatganti kenderaan, membolehkan pasukan AHM untuk melangkah dengan lebih gigih untuk musim ini.

Harus diingat, pasukan AHM ini mempunyai latarbelakang yang penuh warna dalam perlumbaan motosikal, diantaranya:
- Program Pembangunan Pelumba Muda PETRONAS
- Moto 2 GP Wildcard
- Moto 3 GP Wildcard
- CEV Championship
- ARRC (Asian Road Racing Championship)
- Kejohanan Motosikal Thailand
- Kejohanan Motosikal Indonesia
- Australia SBK (Superbike Championship)

Apabila diajukan tentang cabaran musim 2024 ini, jurucakap pasukan mengatakan bahawa cabaran terbesar tahun ini adalah larangan menggunakan bateri Lithium Ion dalam perlumbaan dalam kategori CP150 dan CP125. Ini mempengaruhi prestasi jentera terutama ketika di tahap kelajuan dan kuasa yang rendah. Walaubagaimana pun, kami yakin dapat menghasilkan perlarasan terbaik untuk mengatasi masalah ini dengan pengalaman dan krew teknikal kami.








Leave a comment