
Ketika perlumbaan motosikal terulung tempatan, Malaysia Cub Prix 2024, sedang diambang permulaan musim baru, beberapa pasukan lumba utama telah menganjurkan sesi pengenalan dan majlis perlancaran pasukan kepada para media.

SCK HONDA RACING juga tidak mahu ketinggalan dalam pengenalan pasukan mereka kepada para pengamal media apabila menjalankan majlis perlancaran di pusat operasi mereka di Taman Sri Muda, Shah Alam, hari ini.

Pasukan SCK HONDA RACING membariskan individu-individu di bawah ini mengikut jawatan dan kedudukan dalam pasukan:
Pasukan SCK HONDA RACING (Kejohanan PETRONAS MALAYSIAN CHAMPIONSHIP 2024).
1. Pemilik Pasukan: SOONG WAI LOAN
2. Pengurus Pasukan: SUNNY SIOW
3. Senarai pelumba pasukan:
CP150 – Jentera: HONDA RSX
1. Helmi Azman
2. Mohamad Amirul Ariff Musa
3. Tengku Amirul Haffiruddin Tengku Hanafi
CP125 – Jentera: HONDA WAVE 125
1. Adib Hareez Hazwat
Kami mengucapkan semoga pasukan SCK HONDA RACING mencapai kejayaan yang cemerlang dalam kancah perlumbaan MCP untuk musim 2024 ini.








Leave a comment