AFY Mobility Industries Sdn Bhd. (AMI) telah menjadi hos bagi Malam MV Agusta Malaysia 2024 pertama, sebuah acara bersejarah yang menandakan kembalinya MV Agusta ke arena motosikal Malaysia. Majlis ini berlangsung di premis pameran MV Agusta Malaysia terbaru yang terletak di Petaling Jaya. Sekaligus merasmikan satu-satunya unit eksklusif MV Agusta Brutale 1000 Nurburgring bersama-sama model motosikal MV Agusta lain yang kini tersedia
dipasaran Malaysia.


MV Agusta Brutale 1000 Nurburgring adalah motosikal edisi amat terhad yang telah dibina secara kejuruteraan penuh berdasarkan pada model Brutale 1000RR.

Hanya 150 unit model terhad ini dihasilkan di seluruh dunia dan di Malaysia ia dipasarkan pada harga RM399,900 beserta plat edisi khas 90/150.  Dikuasakan oleh enjin empat-silinder lurus 998cc dari model 1000RR, ia memberikan kuasa sebanyak 208 hp pada 13,000 rpm dan tork sebanyak 116.5 Nm pada 11,000 Rpm. Motosikal ini dilengkapi dengan kotak gear 6-kelajuan, komponen
aksesori karbon penuh beserta set talaan pemanduan elektronik canggih MV Agusta. Sebuah kit perlumbaan Nurburgring turut disertakan dengan pembelian yang merangkumi sistem ekzos penuh titanium, ECU perlumbaan dan komponen karbon tambahan.


Upacara perasmian satu-satunya unit MV Agusta Brutale 1000 Nurburgring
untuk ASEAN ini telah disempurnakan oleh Dato Jeffrey Lim, Pengarah Urusan
Kumpulan AFY Mobility Sdn. Bhd. (AMI), dan Micheal Yeoh, Pengurus Jenama MV Agusta Malaysia. Model edisi terhad ini mewakili kemuncak kejuruteraan dan keunggulan reka bentuk dua roda dari pengeluar ternama Itali, MV Agusta.


“Selepas lebih dari lima tahun, MV Agusta kini kembali ke Malaysia,” kata
Dato Jeffrey Lim. “Kami amat berbangga untuk menerajui jenama ikonik Itali ini ke Malaysia. Selain menawarkan pelbagai model jenama ini di pasaran tempatan, MV Agusta Malaysia turut menyediakan perkhidmatan selepas jualan yang menyeluruh”.


Menurut beliau lagi, “Acara ini menandakan permulaan baru bagi penerokaan jenama MV Agusta yang telah menjadi sinonim dengan seni motosikal sejak 1945 di pasaran tempatan. Semestinya kami amat teruja untuk sekali lagi menawan hati
para penyokong jenama motosikal ini di Malaysia.”


Pada malam yang sama, MV Agusta Malaysia juga turut memperlihatkan
barisan model MV Agusta mereka yang mengagumkan dari model-model tersedia di Malaysia. Antara model motosikal yang turut meraih perhatian di majlis tersebut termasuklah Brutale RR SCS, Brutale Rosso, Brutale 1000 RS, Dragster RC SCS, Dragster Rosso, F3 RR, F3 Rosso, Turismo Veloce Lusso SCS, dan Superveloce.


Harga model motosikal MV Agusta di Malaysia:
1. Brutale 1000 RS : RM 168,800.00
2. F3 RR : RM 145,800.00
3. F3 Rosso : RM 111,800.00
4. Superveloce : RM 138,800.00
5. Dragster RR : RM 148,800.00
6. Dragster Rosso : RM 99,800.00
7. Brutale Rosso : RM 96,800.00
8. Brutale 1000 RR Nurburgring : RM 399,900.00
9. Turismo Veloce Lusso : RM 140,800.00
10. Turismo Veloce Rosso : RM 99,800.0

Leave a comment

Trending