
Motoplex Sungai Buloh mengesahkan kehadiran mereka sebagai wakil penjual rasmi motosikal jenama Aprilia. Jenama yang cukup sinonim dengan perlumbaan motosikal motogp, kini disahkan akan berada di perkarangan Bandar Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh, Selangor.


Motoplex Sungai Buloh adalah antara wakil penjual motosikal-motosikal yang diedarkan oleh Didi Resources Sdn Bhd. Selain daripada Sg. Buloh Selangor, Motoplex juga terdapat di Petaling Jaya, Juru Autocity Penang, Johor Bahru, dan akan membuka satu lagi wakil penjualnya di Ipoh, Perak.
Motoplex Sg Buloh diusahakan oleh seorang pengusaha perniagaan jual beli motosikal yang agak dikenali diseluruh Selangor dan juga Lembah Kelang, iaitu Ah Kuang, yang turut mengemudi pusat jualan motosikal yang begitu dikenali di kalangan peminat dan pemilik motosikal berkuasa tinggi, iaitu, Welly Motorcycle Sg Buloh.


Motoplex Sg Buloh adalah sebagai legasi kemajuan yang diteruskan setelah menempa nama dalam penjualan motosikal berkuasa tinggi melalui Welly Motorcycle. Mula beroperasi di tapak yang baru di Bandar Bukit Rahman Putra sejak tahun lepas, menampilkan ruang pamer yang besar, lengkap dengan pusat servis dan kenderaan sokongan untuk bantuan kecemasan bagi para pelanggannya.


Mengamalkan konsep ‘one stop centre’, Motoplex Sg Buloh juga dalam rangka persiapan untuk mewujudkan cafe di perkarangannya untuk menambah lagi kemudahan untuk pelanggannya.
Sempena kempen motogp musim 2024, Motoplex Sg Buloh telah dipilih untuk menjadi lokasi untuk menonton perlumbaan sulung Motogp secara langsung yang disiarkan dari Qatar. Sebuah skrin digital tersergam di tengah-tengah ruang pamernya dan turut memeriahkan suasana ini adalah pemilik-pemilik motosikal APRILIA. Selain menonton perlumbaan, para bikers Aprilia turut dihidangkan minuman dan makan, lengkap dengan ‘kambing golek’. Tidak cukup dengan hidangan lewat malam, Motoplex Sg Buloh menyelitkan acara cabutan bertuah yang di antara hadiahnya adalah servis dan minyak pelincir Castrol serta beberapa hadiah lain.







Motoplex Sg Buloh menjual motosikal Aprilia pelbagai model seperti RSV4, Tuono 660, Tuono V4, RS 660, Tuareg 660 dan juga skuter SRGT yang kini semakin popular dalam kalangan pencinta motosikal skuter. Selain APRILIA, MOTOPLEX SG BULOH juga turut menjual barisan model-model VESPA dan DUCATI.






Meneruskan legasi Welly Motorcycle Sg Buloh, Motoplex Sg Buloh dijangka menambah impak keberadaan jenama-jenama hebat Itali seperti yang disebutkan tadi. Ini secara tidak langsung, menghasilkan ‘pertalian’ dengan kedutaan Itali di Malaysia, yang mana telah merasmikan upacara pembukaan ruang pamer Motoplex Sg Buloh ini dan diabadikan dengan pemasangan Plaque di pintu masuk Motoplex Sg Buloh ini.









Leave a comment