Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) hari ini secara rasmi memperkenalkan Touareg R-Line ke pasaran tempatan. SUV flagship yang
dipasang tempatan itu ditawarkan pada harga cadangan RM469,990, termasuk Pakej Jaminan Volkswagen (Volkswagen Assurance Package, VAP).
Touareg yang kini sudah memasuki generasi ketiga, merupakan SUV pertama keluaran Volkswagen semenjak prebiu globalnya pada tahun 2002. Lebih 1.14 juta unit telah dijual di seluruh dunia dan ia kekal sebagai model popular dalam rangkaian SUV Volkswagen.

Pengarah Urusan VPCM, Denyu Bostandzhiev nyata berbesar hati untuk memperkenalkan Touareg ke pasaran ini. “Touareg sememangnya sangat signifikan buat Volkswagen dan merupakan perintis dalam banyak perkara. Ia adalah SUV pertama kami dan DNA sebenar SUV Volkswagen bermula dengan Touareg. Menjadi negara pertama untuk memasang Touareg selain di kilangnya di Slovakia jelas menunjukkan pengiktirafan yang besar daripada Volkswagen Group.”
“Sebagai model paling mewah, kami percaya Touareg akan menarik minat
kelompok pelanggan dalam segmen SUV premium yang mahukan sesuatu yang ekstra istimewa. Dengan reka bentuk yang menyerlah dan rangkaian teknologi termaju, Touareg akan membezakannya daripada pemandu SUV yang lain.”


Kecekapan dan prestasi yang seimbang.
Touareg dikuasakan oleh enjin 3.0-liter V6 TSI yang telah terbukti prestasinya.
Kuasa mencecah 340PS dan tork sehingga 450Nm disalurkan kepada semua roda menerusi transmisi 8-kelajuan automatik dan sistem 4MOTION pintar. Sistem ini membenarkan pemandu untuk memilih mod pemanduan yang mengubah suai karektor rangkaian kuasa bagi disesuaikan dengan corak pemanduan dan permukaan jalan.

Rekaan lebih tajam.
Reka bentuk hadapan dan luaran baharu memberikan Touareg penampilan yang cukup garang. Di bahagian hadapan, gril radiator, lampu utama dan apron hadapan telah menerima rekaan baharu. Rekaan bahagian belakang kini juga lebih tajam dengan jalur lampu LED. Logo Volkswagen di belakang berlampu
merah, yang pertama kerana sebelum ini ia hanya ditawarkan di pasaran China dan Amerika Syarikat.

Pakej R-Line menggabungkan rekaan elegan, bergaya dengan sporty yang
dinamik, bersama rim aloi Braga bersaiz 20 inci, kemasan krom serta insignia ‘R’ pada bahagian pintu dan gril hadapan.

SUV paling premium Volkswagen setakat ini dengan teknologi perintis.
Pencahayaan: Touareg mendefinisikan kembali teknologi pencahayaan
menerusi lampu utama IQ.LIGHT HD MATRIX baharu yang merupakan salah satu sistem lampu terbaik di dunia. Sistem lampu pintar ini terdiri daripada lebih 38,000 unit LED mikro interaktif yang menerangi jalan dengan lebih tepat berbanding sebelumnya. Bukan itu sahaja, lampu lopak ketika memasuki dan keluar dari kenderaan akan menyuluh permukaan jalan dengan logo Volkswagen apabila pintu dibuka.


Tidak terkecuali ciri Night Vision – pertama untuk model Volkswagen di Malaysia yang memberikan pemandu pandangan lebih baik pada waktu malam. Sistem itu menggunakan sensor inframerah di dalam kamera untuk mengesan suhu badan manusia atau haiwan sehingga 130 meter bagi memastikan pemandu sentiasa berwaspada dengan pelanggaran yang mungkin berlaku.

Dibina di atas platform MLB Evo daripada Volkswagen Group, kabin lima tempat duduk yang luas jelas memberikan rasa premium kepada Touareg. Antara ciri penting ialah Innovision Cockpit – satu kombinasi intuitif di antara panel paparan
digital yang digabungkan untuk membentuk ‘rekaan satu skrin’. Ia terdiri daripada Digital Cockpit bersaiz 12.3 inci di bahagian pemandu serta skrin sentuh berukuran 15 inci untuk sistem infohibur Discover Pro Max bersama ciri Wireless App-Connect dan pengecasan tanpa wayar.

Leave a comment

Trending