Menjelang bulan Ramadhan yang mulia ini, smart Malaysia melancarkan Kempen ‘smart Ri-Ya’ yang akan berlangsung dari sekarang hingga 30 April 2024. Promosi eksklusif ini menawarkan peluang untuk menikmati penjimatan luar biasa apabila mereka membeli model smart #1 โ€“ BRABUS, Premium, atau Pro yang baru.

Tawaran Exclusif smart Ri-Ya Menanti Anda

Walaupun bulan Ramadhan baru sahaja bermula, rakyat Malaysia sudah tidak sabar untuk meraikan kedatangan Syawal bersama orang tersayang. Apa yang lebih menggembirkan daripada berkumpul bersama orang yang tersayang dan tiba di destinasi anda dengan sebuah kereta baharu?

Tawaran ‘smart Ri-Ya’ menawarkan faedah eksklusif untuk pembeli baharu smart #1. Sehingga 30 April 2024, pelanggan dapat menikmati tawaran istimewa, termasuk kadar faedah rendah dan pengecas rumah smartCharge percuma bernilai RM3,200 dengan jaminan 2-Tahun. Selain itu, pembeli juga akan mendapatkan kredit pengecasan bernilai RM3,888 dengan pembelian mana-mana varian smart #1.

Jangan lepaskan acara Jualan Hujung Minggu Sempena Ramadhan dari 15 sehingga 24 Mac 2024 di pusat cawangan pengedaran smart terpilih untuk menemui keselesaan, kemudahan, dan kelestarian yang tiada tandingan dengan smart #1. Pandu uji sekarang!

Fizo Omar Mejelajah Mobiliti Moden Dengan smart #1

Sempena Hari Raya ini, smart Malaysia dengan bangga mengumumkan kerjasama dengan , selebriti Fizo Omar. Memulakan misi untuk mempamerkan masa depan mobiliti moden, Fizo akan berkongsi pengalaman harian dengan smart #1, mencerminkan kemudahan dan inovasi kenderaan elektrik (EV).

Sepanjang kempen ini, Fizo Omar akan membawa pengikutnya menempuh perjalanan melalui kehidupan sehariannya dengan smart #1, menggariskan fleksibiliti dan kepraktisan kenderaan ini dalam pelbagai senario. Dari menavigasi di jalan-jalan bandar yang sibuk sehingga meneroka suasana meriah di Bazar Ramadhan, Fizo akan menegaskan integrasi teknologi EV ke dalam gaya hidupnya.

Salah satu acara puncak perjalanan Fizo ialah pulang ke kampung halamannya bersama keluarganya, memperlihatkan keselesaan, keselamatan, dan keandalan smart #1 untuk perjalanan seisi keluarga. Sepanjang perjalanan, Fizo akan berkongsi petua berharga mengenai pemanduan yang selamat dan berhemat, memberi kuasa kepada penontonnya untuk membuat pilihan yang bertanggungjawab di jalan raya. Ikuti pengalaman Fizo Omar secara langsung di Facebook, Instagram, dan TikTok.

Leave a comment

Trending