
KUALA LUMPUR, 22 April 2024 – Program KL Pagi Bebas Kenderaan semalam, yang diadakan di Dataran DBKL, menyaksikan kehadiran luar biasa seramai 2,000 peserta menyertai larian pagi di sepanjang laluan tertutup sejauh 7km, bertepatan dengan Hari Bumi Sedunia. Di tengah-tengah suasana penglibatan komuniti yang penuh semangat, smart Malaysia dengan bangganya berdiri sebagai penyokong utama inisiatif ini dengan mempamerkan kenderaan smart #1 dan #3, yang di reka oleh Mercedes-Benz dan dibina di atas platform (SEA). Kerjasama ini membuktikan komitmen smart dalam mempromosikan kehidupan bandar lestari.

Kerjasama antara smart Malaysia dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melalui Program KL Pagi Bebas Kenderaan membuktikan usaha berterusan smart dalam meningkatkan kelestarian mobiliti bandar. Sebagai jenama kereta EV pertama yang menyokong inisiatif ini, smart Malaysia menjadi peneraju dalam menyediakan penyelesaian inovatif yang menyumbang secara langsung dengan menggalakkan cara hidup bandar yang lestari. Dengan mengubah jalan yang sesak menjadi zon bebas kenderaan, kedua-dua rakan kongsi menjemput komuniti untuk membayangkan semula perjalanan harian mereka serta mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat. Inisiatif ini tidak hanya memberi manfaat kepada penduduk tempatan tetapi juga sejajar dengan cita rasa warga asing atau pelancong yang mencari pilihan perjalanan yang mesra alam.
Turut hadir pada majlis perasmian itu ialah tetamu kehormat Ybhg. Datuk Sri Hj. Kamarulzaman Bin Mat Salleh, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Encik Yusri Bin Yusuf, Pengarah Kanan Strategi Korporat PROTON, Salawati Binti Yusoff, Ketua Pegawai Penjenamaan, dan Sua Chek Hoong, Ketua Pegawai Penerangan kedua-dua mewakili smart Malaysia.

“Selaras dengan Strategi Kelestarian smart Global, kerjasama kami dengan DBKL mewakili satu langkah penting ke hadapan dalam mempromosikan pembangunan lestari secara kolaboratif untuk masyarakat dan alam sekitar. Dengan mempamerkan kenderaan smart #1 dan #3, kami berhasrat untuk meningkatkan kesedaran tentang alternatif pengangkutan mesra alam dan menekankan kepentingan mengurangkan pelepasan karbon dalam melindungi alam sekitar. Selain itu, pemberian anak pokok ini dapat menambahkan sentuhan yang menyeronokkan kepada usaha kami dalam menyebarkan kesedaran,” kata Zhang Qiang, Ketua Pegawai Eksekutif smart Malaysia.

Selari dengan komitmen ini, smart Malaysia telah menyumbangkan pokok untuk diberikan kepada peserta-peserta larian, sebagai simbol untuk ke arah gaya hidup yang lebih sihat. Langkah ini bukan sahaja menekankan dedikasi smart Malaysia dalam mempromosikan inisiatif hijau, malah memupuk hubungan yang lebih mendalam antara individu dan alam sekitar, meningkatkan kesejahteraan dan daya hidup secara keseluruhan.

Di samping itu, inisiatif ini bertujuan sebagai penyelesaian untuk mencapai bandar lestari dan bebas karbon menjelang tahun 2030. Sebagai pengedar kereta elektrik (EV), smart Malaysia berada di barisan hadapan dalam peralihan ini untuk mengubah mentaliti ke arah memiliki kenderaan elektrik.

Kejayaan Program KL Pagi Bebas Kenderaan menggariskan usaha kolektif dalam membentuk semula mobility bandar dan menggalakkan amalan lestari. Melalui inisiatif seperti ini, smart Malaysia memperkasakan lagi individu untuk faedah bersama dan terus mengukuhkan penglibatan dengan rakan kongsi kami dalam pembangunan lestari. smart Malaysia kekal teguh dalam misinya untuk membina sebuah bandar hijau yang mampan untuk didiami oleh generasi akan datang.

Smart #3 Mencipta Kehangatan di KL dalam Penampilan yang Mengagumkan
Smart Malaysia menampilkan smart #3 dalam corak pelekat pembalut kereta yang menarik perhatian kepada orang awam untuk kali pertama di Malaysia, memperkenalkan gambaran menarik mengenai mobiliti bandar premium di acara KL Pagi Bebas Kenderaan. smart #3 dijangka akan menetapkan semula pengalaman pemanduan, meningkatkan piawaian prestasi kenderaan elektrik. Memberikan isyarat ketibaan kereta di Malaysia, dengan lebih banyak pengumuman dalam perjalanan. Ikuti saluran media sosial smart Malaysia untuk pengumuman rasmi dan berita terkini.








Leave a comment