SUBANG JAYA, 30 Mei 2024 – PRO-NET mengumumkan panggilan terakhir untuk menyertai Pertandingan Menamakan Jenama PROTON EV yang semakin ke peghujung. Dengan hanya berbakikan enam hari lagi sebelum pertandingan ini berakhir pada 5 Jun 2024, rakyat Malaysia di gesa untuk mengambil peluang ini dalam melakar sejarah baru untuk industri automotif negara.


PRO-NET telah menerima lebih daripada 22,440 penyertaan dari seluruh Malaysia. Respon dalam pertandingan ini sungguh memberangsangkan dengan jumlah penyertaan yang terus meningkat dan ini menunjukkan sokongan dan harapan besar rakyat terhadap PROTON ke arah mobiliti elektrik.


“Respon yang luar biasa terhadap Pertandingan Menamakan Jenama PROTON EV adalah bukti semangat dan keterujaan yang dikongsi oleh rakyat Malaysia ketika kita sedang memasuki ke arah era baru kegemilangan automotif,” kata Zhang Qiang, Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET. “Dengan tarikh tutup yang semakin hampir, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peserta dan bagi mereka yang masih belum menyertai, inilah peluang keemasan anda untuk menajdi sebahagian daripada sejarah baru untuk industri automotif negara.”
Jangan lepaskan peluang anda untuk menjadi sebahagian daripada detik bersejarah ini. Hantar penyertaan anda sebelum 5 Jun 2024, jam 11.59 malam di Pertandingan Menamakan Jenama PROTON EV dan menjadi pelopor dalam evolusi kecemerlangan automotif Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, ikuti ProtonCarsOfficial di Facebook atau @protoncars di Instagram.

Leave a comment

Trending