
- Peneraju jualan dalam segmen SUV mendapat penambahbaikan untuk meningkatkan keselesaan dan
pengalaman pengguna - Peningkatan baru bernilai RM6,000 dengan insentif sehingga RM8,500 untuk 5,000 pelanggan pertama
Subang Jaya, 4 Jun 2024 – Pengeluar kereta nasional PROTON hari ini memperkenalkan 2024 PROTON X50 yang menampilkan peningkatan terkini pada pemenang anugerah popular model SUV segmen-B, menandakan satu lagi langkah maju dalam komitmen jenama terhadap inovasi dan kepuasan pelanggan. Sejak dilancarkan pada tahun 2020, PROTON X50 telah menjadi kisah kejayaan bagi Syarikat dengan lebih daripada 110,000 unit telah dijual, mengukuhkan kedudukannya sebagai SUV terlaris di Malaysia sepanjang empat tahun lepas. Sama seperti populariti Geely Binyue, model Geely pemanduan sebelah kiri yang menjadi asas kepada PROTON X50, telah terjual lebih daripada 770,000 unit di seluruh dunia. Kini, pengenalan beberapa peningkatan untuk model 2024 menjanjikan teknologi canggih dan pengalaman pemanduan yang lebih lancar.

Meneruskan Legasi Keselesaan PROTON
Meneruskan legasi pendahulunya sebagai peneraju dalam kategori SUV, 2024 PROTON X50 menetapkan standard baharu dengan peningkatan produk yang mengambil kira maklum balas dari pelanggan. Diantara peningkatannya adalah kadar bising, getaran & kekasaran (NVH) yang menawarkan pengalaman pemanduan yang lebih senyap dan lancar. Terdapat lebih daripada 20 bahagian telah diperbaiki untuk penebat bunyi bising jalan, memberikan keseluruhan suasana dalaman yang lebih baik. Pintu belakang berkuasa telah ditambah untuk varian Premium dan Flagship bagi kemudahan operasi.

Peningkatan Evolusi Meningkatkan Pengalaman Pengguna
Unit kepala infotainment (IHU) 10.3” pada 2024 PROTON X50 telah dinaik taraf dengan unit pemproses dual quad-core baharu yang menyediakan kelajuan but yang lebih pantas dan masa pemuatan yang lebih cepat. Ini
membenarkan operasi yang lancar untuk pelbagai aplikasi secara serentak pada latar depan dan latar belakang tanpa risiko sebarang gangguan. Ia juga menampilkan arahan suara “Hi PROTON” yang popular dan aplikasi PROTON Link, yang membolehkan enjin dihidupkan dan kabin disejukkan dari jarak jauh.

2024 PROTON X50 menyediakan kombinasi ideal keselamatan dan kemudahan dengan Kamera 360 Definisi Tinggi baharu yang memaparkan imej yang jelas walaupun dalam keadaan cahaya rendah, untuk memudahkan parkir.

Sekiranya pemandu masih merasa tidak yakin, terdapat fungsi Auto Park Assist untuk menyelesaikan tugas tersebut.
Apabila memberikan isyarat, paparan pandangan 3D persekitaran akan muncul untuk mengurangkan titik buta bagi manuver penukaran lorong yang lebih selamat, dan ciri keselamatan ini berfungsi sehingga kelajuan lebuh raya
150km/j.
Pecutan Berkuasa Dengan Keselamatan Terunggul
Di tengah-tengah 2024 PROTON X50 adalah enjin suntikan langsung turbocharged 1.5 liter dengan output kuasa 177 PS dan 255Nm tork, dipadankan dengan transmisi dwi-klac 7-kelajuan. Gabungan ini membenarkan SUV untuk mencapai masa pecutan 0-100km/j dalam hanya 7.9 saat. Keselamatan terdapat dalam bentuk 6 beg udara SRS, Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), 8 Sistem Bantuan Pemandu Peringkat 2 (ADAS) dan Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS).

Menghargai Pelanggan Dengan Tawaran Yang Ditingkatkan
Peningkatan produk kepada 2024 PROTON X50 memberikan nilai tambahan RM6,000 kepada pembeli, tetapi PROTON mengekalkan harga SUVnya. Syarikat juga memperkenalkan Pakej Early Bird terhad yang menawarkan rebat sehingga RM8,500 kepada 5,000 pelanggan pertama yang mendaftarkan pembelian baharu mereka pada 31
Julai 2024. Bersama-sama dengan pakej faedah yang komprehensif yang direka untuk meningkatkan pengalaman
pemilikan, 2024 PROTON X50 dilengkapi dengan jaminan lima tahun tanpa had perbatuan, pakej data lima tahun dengan 1GB sebulan dan 6 kali perkhidmatan buruh secara percuma.

“PROTON X50 yang dinaik taraf menunjukkan dedikasi PROTON untuk terus meningkatkan dan berinovasi sambil mengekalkan kualiti produk yang terbukti, seperti yang dijangkakan oleh pelanggan kami. Ia menawarkan reka bentuk sporty dan ciri yang dipertingkatkan untuk mengekalkan kedudukan produk sebagai model terbukti yang sesuai untuk pelbagai jenis pelanggan. Melangkaui perubahan visual, ia juga akan memberikan nilai luar biasa dengan
menggabungkan prestasi yang kuat dengan ciri-ciri kesambungan terbaik dalam kelasnya, disokong oleh khidmat
selepas jualan yang cemerlang daripada 157 pusat 3S/4S di seluruh negara,” kata Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif, PROTON.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Proton atau hubungi pengedar Proton terdekat.

2024 PROTON X50 kini boleh ditempah dalam talian di (https://www.proton.com/en/purchase/register-interest) dan di
bilik pameran PROTON yang sah.







Leave a comment