SUBANG JAYA, 14 Mei 2024 – smart Malaysia dengan bangganya mengadakan sesi pratonton bagi model terbaharunya, smart #3 secara eksklusif di ibu pejabat Subang Jaya. Berlangsung selama tiga hari, program tersebut memberikan pengalaman yang mendalam kepada peminat EV dengan menawarkan pandang pertama dan pengalaman pemanduan smart di dalam portfolio terbarunya: smart #3 SUV Coupe yang bergerak sepenuhnya dengan elektrik.


Bertemakan ‘Chase the Thrill,’ program ini bertujuan untuk menaikkan keterujaan di kalangan penggemar EV yang sedang menantikan kedatangan smart #3. Para hadirin, termasuk rakan media, pemilik EV dan peminat, berpeluang menyelami falsafah reka bentuk di sebalik smart #3, yang direka oleh Kai Saiber, Ketua Reka Bentuk Mercedes-Benz. Ia mewakili ‘Love’ untuk daya tarikan yang emosional, ‘Pure’ komitmen kepada kekemasan, dan ‘Unexpected’ kepada kejutan.


Sepanjang acara berlangsung, hadirin diperlihatkan keupayaan smart #3 ini dari segi pemanduan yang mendebarkan dan juga penerokaan model smart #3 yang telah diperbaharui.


Pandangan dan Kesimpulan Pemanduan yang Eksklusif
Selepas mendengar penerangan tentang produk dan reka bentuk, smart #3 membuat penampilan eksklusifnya di Test Track PROTON untuk ujian pemanduan yang komprehensif. Dengan gaya yang mengagumkan, smart #3 memperlihatkan spektrum penuh prestasinya sehingga telah meninggalkan kesan yang mendalam kepada para hadirin yang datang.


“Kami berbesar hati dengan kehadiran peminat dan pemilik EV serta pihak media. Ia memberi kami inspirasi dan kefahaman lebih baik dalam menyaksikan kepelbagaikan individu dari pelbagai latar belakang yang memberi maklumbalas positif dengan mengakui smart #3 sebagai satu pengalaman pemanduan yang mengujakan,” ujar Zhang Qiang, Ketua Pegawai Eksekutif smart Malaysia. Dengan ciri reka bentuk SUV coupé yang ‘sporty’ dan lengkungan yang kemas, #3 menjanjikan keunggulan yang kekal dan serasi sebagai mobility harian yang ideal.


Zhang Qiang yakin dengan kekuatan smart dalam memberikan pengalaman pemilikan EV yang terbaik, smart juga turut menyediakan ekosistem yang canggih selari dengan keperluan pembeli. Hal ini termasuk di dalam Aplikasi Hello smart, rangkaian pengecasan dan pengedar smart direka untuk memenuhi kehendak pelanggan.


Pemenang Anugerah, smart #3 Akan Membuat Penampilan Sulungnya di Malaysia Autoshow 2024
smart #3 telah meraih pengiktirafan antarabangsa melalui Anugerah Reka Bentuk iF dan Anugerah Reka Bentuk Red Dot. Penghargaan ini menekankan kualiti reka bentuk yang unik dan inovasi yang dihasilkan oleh pasukan reka bentuk global Mercedes-Benz.
smart #3 yang bergerak sepenuhnya dengan kuasa elektrik, akan membuat penampilan sulungnya di Malaysia Autoshow 2024, yang akan berlangsung dari 22 hingga 26 Mei 2024. Orang ramai dijemput hadir dan menjadi antara yang terawal menyaksikan dan menerokai reka bentuk yang unggul daripada smart #3
Sertailah kami di Dewan A2 (Dewan Premium), MAEPS, Serdang, dan menjadi sebahagian daripada acara bersejarah ini ketika smart mempersembahkan keluaran terbarunya smart #3. Bersiap sedia untuk merasai teknologi terkini dan reka bentuk yang memukau dari smart #3.


Dapatkan berita dan pengumuman terkini tentang smart #3 dengan mengikuti halaman rasmi Facebook smart Malaysia.

Leave a comment

Trending