KOTA KINABALU, 12 Ogos 2024 – Pengeluar kereta Nasional PROTON teruja untuk mengumumkan
pengembangan dan pelancaran rasmi pusat pergudangan bahagian baru (RPC) di Kota Kinabalu, Sabah, selepas
pelancaran kemudahan serupa di Sarawak tahun lepas. Tambahan terbaru kepada operasi penyimpanan dan pengedaran alat ganti syarikat ini mampu mengurangkan masa penghantaran alat ganti sebanyak 30% berikutan peningkatan kapasiti pengeluaran daripada PROTON Parts Centre Sdn Bhd (PPCSB) di Malaysia Barat serta alatganti yang diperoleh melalui penghantaran terus dari luar negara. Ini adalah untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat di negeri ketiga tertinggi untuk penjualan kenderaan PROTON di Malaysia.


Terletak di kawasan komersial di Inanam, RPC terbaru PROTON mempunyai ruang lantai kira-kira 28,000 kaki persegi, iaitu 2.5 kali ganda lebih besar daripada lokasi sebelumnya. Ia boleh menerima sebanyak enam kontena alat ganti di lokasi secara serentak berbanding dengan dua kontena sebelum ini. Kemudahan ini kini boleh memproses purata 26 kontena sebulan untuk memanfaatkan sepenuh keupayaannya menyimpan stok selama tiga bulan. Dengan lebih banyak ruang penyimpanan untuk alat ganti, masa penghantaran ke pengedar dan
pelanggan dapat dikurangkan.


“Dengan permintaan pelanggan yang semakin meningkat kebelakangan ini, fasiliti gudang PROTON yang
sebelumnya di Sabah telah melimpah dengan alat ganti dan beroperasi secara tidak cekap akibat kekurangan
ruang. Pembukaan fasiliti baru di Kota Kinabalu ini akan melengkapkan fasiliti yang sedia ada di Kuching, dan
kedua-duanya akan berfungsi secara kolektif sebagai pusat pengedaran alat ganti dan komponen selepas jualan
untuk Malaysia Timur.


“Peningkatan keseluruhan dan penyimpanan ini telah mewujudkan penampan untuk lonjakan dan turun naik permintaan, membolehkan kami meningkatkan daya pemprosesan alat ganti. Setakat ini, kami sedang menangani dengan pantas tunggakan pesanan daripada pengedar dan pelanggan kami di pasaran ini,” kata Edmund Lim, Naib Presiden Jualan dan Selepas Jualan, PROTON Edar.


Penghantaran udara dan laut mingguan untuk meningkatkan pemenuhan pesanan berkat ruang
penyimpanan yang lebih besar
RPC PROTON di Malaysia Timur boleh mengendalikan sehingga 28 kontena dari Malaysia Barat dan luar negara
setiap bulan, iaitu peningkatan kapasiti daripada 24 kontena sebulan. Dengan peningkatan penghantaran alat
ganti, pemenuhan pesanan syarikat di Sabah dijangka akan meningkat secara pesat dengan keupayaan untuk
menyimpan stok selama tiga bulan.
PPCSB juga telah melancarkan sistem pengurusan gudang (WMS) baru di semua lokasi awal tahun ini. Ia
membolehkan kapasiti penghantaran harian di RPC terbaru meningkat sebanyak 66% kepada 300 baris pada
bulan Julai daripada 180 baris sebelumnya, dengan kapasiti maksimum 400 baris dijangka dicapai menjelang September. Ruang tambahan membolehkan pengagihan 8,500 bakul untuk menyimpan alat ganti, meningkat dari 5,000 bakul di fasiliti sebelumnya. Hasilnya, nilai stok dijangka meningkat sebanyak 1.5 kali ganda kepada RM9 juta menjelang Disember 2024, meningkat daripada RM5.8 juta setahun sebelumnya.


Pegangan pasaran PROTON di Sabah berada pada 27.4% tahun setakat ini
Pegangan pasaran PROTON di Sabah telah meningkat secara berterusan daripada 10% pada 2018 kepada 25.9%
pada 2023 dan kini berada pada 27.4% setakat ini untuk tahun 2024, didorong oleh populariti model siri X baru serta Proton Saga yang kekal relevan. Pada tahun 2023, jualan kenderaan PROTON di Malaysia Timur menyumbang 15.8% kepada jumlah jualan keseluruhan syarikat. Model PROTON yang paling laris adalah Proton Saga dengan 13, 700 unit, diikuti oleh Persona dengan 4,264 unit dan Proton X50 dengan 2,955 unit.
“Jualan PROTON di Malaysia Timur telah meningkat sebanyak 3.1 kali ganda kepada 23,871 unit pada tahun
2023 dari 7,697 unit pada tahun 2018. Dengan 8,000 tempahan untuk Proton X50 2024 dan pelancaran Proton
X70 2025 tidak lama lagi, kami menjangkakan satu lagi peningkatan di negeri ini menjelang akhir tahun. Oleh itu, dengan peningkatan jualan yang membawa kepada permintaan alat ganti yang lebih tinggi, pelancaran pusat bahagian yang lebih besar dan canggih akan memastikan bekalan alat ganti yang mencukupi bukan sahaja untuk kenderaan baru tetapi juga meningkatkan perkhidmatan selepas jualan kami,” tambah Edmund Lim.

Leave a comment

Trending