• Proton X90 digemari tetamu kerana keselesaan ruangnya yang luas
  • SUV PROTON penjelmaan sempurna kisah kejayaan antara Malaysia dan China

Subang Jaya, 20 September 2024 – Pengeluar kereta nasional PROTON telah menyerahkan 20 unit Proton X90
Flagship kepada Konvesyen Usahawan Cina Sedunia (WCEC) ke-17 untuk digunakan dalam mengangkut
pegawai asing, pengurusan atasan, dan anggota dari pelbagai perniagaan sepanjang acara tiga hari yang
diadakan di Pusat Konvesyen Kuala Lumpur (KLCC) dari 9 hingga 11 September.


Dianjurkan oleh Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Bersekutu Malaysia (ACCCIM), model NEV pertama PROTON membantu memastikan VVIP acara tersebut dapat mengalami perjalanan yang selesa dan bergaya ke mesyuarat, janji temu, dan penginapan, serta destinasi lain sebelum mengakhiri perjalanan mereka di lapangan terbang.


Dengan kabin yang luas dan tiga baris tempat duduk yang dapat menampung enam orang dewasa dengan selesa,
dilengkapi dengan kulit Nappa yang mewah dan penyaman udara belakang yang bebas, penumpang telah memberikan ulasan yang positif. Mereka menyatakan bahawa mereka lebih gemar Proton X90 kerana keselesaan dan ruang yang ditawarkan.
Ini diperkukuhkan lagi berikutan lawatan ke Melaka oleh rombongan-rombongan yang terdiri daripada Cheng Hong, Naib Presiden Persatuan Cina Luar Negara, dan Wang Yanfei, Naib Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Wilayah Sichuan. Mereka menggunakan Proton X90 untuk melawat beberapa tempat
pelancongan selepas acara WCEC.
Sejak dilancarkan pada Mei 2023, jualan Proton X90 telah mencapai 7,322 unit, menjadikannya salah satu model
paling laris dalam segmen SUV D. Ia juga mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju dalam segmen tersebut pada bulan Ogos tahun ini. Pencapaian ketara bagi model ini termasuk Proton X90 Flagship yang telah memenangi anugerah Kereta Tempatan Terbaik di edisi 2023 Anugerah Pilihan Editor StarCarSifu. Ini berlaku kurang daripada enam bulan selepas pelancarannya ke pasaran.


Rangkaian SUV PROTON melambangkan kejayaan antara Malaysia dan China seiring dengan ulang tahun ke-50 hubungan dua hala China-Malaysia, rangkaian SUV PROTON merupakan lambang kejayaan kerjasama antara Malaysia dan China. Ia juga menandakan pencapaian penting bagi PROTON, di mana rangkaian SUV ini dilihat sebagai pemangkin untuk memulihkan syarikat selepas kerjasama dengan Geely tujuh tahun lalu.


Proton X90 adalah model mild-hybrid pertama PROTON dan memberikan nilai hebat bagi mereka yang mencari
SUV tiga baris yang luas dan serba lengkap. SUV terbesar PROTON ini juga menawarkan pengalaman
pemanduan yang lancar, manakala Sistem Bantuan Pemandu Canggih (ADAS) memberikan tahap keselamatan
yang tinggi.

PROTON X90 MENGANGKUT DELEGASI ASING KE WCEC KE-17
Oleh itu, model ini sangat sesuai untuk mengangkut delegasi asing ke acara yang menerima 4,000 peserta dari
China, Amerika, Timur Tengah, Afrika, Eropah dan tempat lain. Ia dijangka akan mewujudkan sekurang-
kurangnya RM2 billion dalam peluang perniagaan, terutamanya melalui padanan perniagaan dan misi pasca
kovesyen yang akan mempamerkan potensi pelaburan negara kepada persada global.


Bertemakan “Reimagineering the Future,” persidangan itu telah dilancarkan oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia; Chen Xiaojiang, Naib Presiden Persatuan Persahabatan Luar Negara China; Dr. Jonathan Choi Koon-shum, Pengerusi Dewan Perniaagaan Besar Cina, Hong Kong dan YB Senator Tan Sri Dato’ Low Kian Chuan, Presiden ACCCIM serta Pengerusi Jawatankuasa Penganjur WCEC ke-17.


Bermula pada 1991, acara dwitahunan itu menghimpunkan usahawan dari seluruh dunia untuk membina
hubungan perniagaan dan meneroka peluang baru seperti teknologi baru, ekonomi hijau, kecerdasan buatan (AI)
dan banyak lagi.


“Dengan menyediakan 20 unit Proton X90 untuk acara ini, kami memperlihatkan komitmen kami terhadap kecemerlangan dan memperkukuhkan hubungan ekonomi yang lebih erat merentas sempadan. Inisiatif ini melambangkan dedikasi kami untuk membina masa depan yang kolaboratif dan mengukuhkan perkongsian global dalam industri automotif,” kata Dr. Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif, PROTON.

Leave a comment

Trending