
CFmoto semakin dikenali di serata dunia samada dengan perlancaran model ikoniknya MT450 yang dilancarkan beberapa bulan yang lalu, ataupun pencapaian mereka dalam persada perlumbaan motosikal paling elit di dunia, iaitu kejohanan Motogp.

Menyedari hakikat bahawa terdapat keperluan untuk memberi perkhidmatan yang lebih menyeluruh untuk pasaran Malaysia, CFMOTO melalui pengedar rasminya di Malaysia, iaitu Mforce Bike Holdings, juga melalui divisyen CFMOTO MALAYSIA, menjalinkan kerjasama dengan para pengedar rasmi mereka.

Sebagai langkah pertama, ICity Motoworld yang terletak di Shah Alam dinobatkan sebagai pusat perkhidmatan sehenti CFMOTO yang serba lengkap.

Pusat sehenti ini bukan sahaja membolehkan para peminat melihat model-model CFMOTO dengan lebih dekat, juga membolehkan para pemiliknya untuk mendapatkan perkhidmatan selepas jualan dan sebarang bantuan teknikal dengan lebih menyeluruh dan efisyen.

Selain daripada melancarkan pusat sehenti CFMOTO yang serba baru itu, CFMOTO juga mengambil kesempatan melalui satu lagi divisyen mereka iaitu ZEEHO yang bertanggungjawab memasarkan motosikal elektrik di bawah penjenamaan ini.

Acara gilang gemilang ini dimeriahkan oleh Pengarah Urusan ICity Motoworld Sdn Bhd: Ernest Ng Yee Meng, Pemgarah CFMOTO Malaysia: Ryan Tan, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MARiiCas: Ts Nizmar Mohd Nazar, dan Pengarah Pemasaran Antarabangsa ZEEHO: Max Zhang.

Selain memperkenalkan motosikal elektrik ZEEHO ini pada pasaran, majlis turut mengumumkan model AE4 sebagai model pengenalan dan dipasarkan pada harga bermula RM 6,999.00 seunit.

Ternyata, ZEEHO turut mengambil peluang terhadap insentif yang diberikan oleh kerajaan Malaysia terhadap penjualan dan pemilikan kenderaan elektrik sepenuhnya. Model AE4 ini tampak modern dan memenuhi ciri-ciri sebuah skuter elektrik yang teguh, dan berkeupayaan.

Walaupun motosikal elektrik sepenuhnya belum lagi menjadi trend untuk kegunaan tempatan, ianya dirasakan ada keperluan untuk diperkenalkan bagi memastikan kelestarian alam semulajadi dan juga turut sama-sama memastikan penjagaan alam sekitar.

Kami akan memberikan lebih maklumat yang terperinci apabila berkeupayaan untuk mengujinya kelak.








Leave a comment