KUALA LUMPUR, 18 OKTOBER 2024 โ€“ Harman Kardon melancarkan siri terbaharunya, Harman Kardon Enchant, yang menampilkan bar bunyi Enchant 1100 dan Enchant 900, Pembesar Suara Enchant dan Subwufer Enchant. Dicipta khas dengan gabungan reka bentuk elegan dan kualiti audio yang terbaik, siri Harman Kardon Enchant menawarkan pelbagai cara untuk mencipta pengalaman sinematik 3D yang sempurna untuk teater rumah anda. Bar bunyi semua-dalam-satu Enchant 1100 dan Enchant 900 menggunakan teknologi MultiBeamโ„ข dan Dolby Atmosยฎ untuk menghidupkan muzik kegemaran anda. Tingkatkan mana-mana ruang dengan menyambungkan Pembesar Suara Wi-Fi Pintar dan Subwufer wayarles. Harman Kardon Enchant menyampaikan audio dan reka bentuk yang menawan untuk setiap kediaman dan setup pilihan anda.

Harman Kardon Enchant 1100 menampilkan 11 pemacu pembesar suara supaya anda boleh menonton filem dengan audio yang lebih baik. Untuk ruang yang lebih kecil, Harman Kardon Enchant 900 menampilkan 9 pemacu untuk audio yang luar biasa dalam pakej yang lebih kecil. Kedua-dua bar bunyi menampilkan dua saluran ketinggian yang memberikan kesan Dolby Atmosยฎ untuk menghasilkan audio yang mengagumkan. Selain itu, Enchant 1100 turut menampilkan DTS:X untuk pengalaman audio yang dipertingkatkan. Dilengkapi dengan teknologi MultiBeamโ„ข, Enchant 1100 dan Enchant 900 menghasilkan bunyi yang kuat dan memenuhi ruang. Sementara itu, teknologi PureVoiceTM Harman pula menjamin dialog sejernih kristal pada sebarang kelantangan yang membolehkan anda menyaksikan aksi gemuruh atau drama yang tenang dengan kejelasan sebutan yang tidak terjejas.


Dengan kualiti bass yang unggul dan prestasi yang terhebat, Subwufer dan Pembesar Suara Harman Kardon Enchant boleh disambungkan secara wayarles ke bar bunyi Enchant untuk mencipta pengalaman bunyi keliling yang lebih mengasyikkan. Direka bentuk untuk disambungkan atau digunakan sendiri, Pembesar Suara Enchant menampilkan penentukuran bunyi automatik untuk menyampaikan prestasi bunyi terbaik di mana-mana sahaja. Lengkap dengan pemacu dan Dolby Atmosยฎ untuk bunyi spatial 3D, anda hanya perlu menambahkan dua Pembesar Suara Enchant pada salah satu bar bunyi untuk pengalaman bunyi keliling sinematik 3D yang menakjubkan.



Siri Harman Kardon Enchant kelihatan secantik kedengaran dan menampilkan reka bentuk yang lebih mampan, anggun, dan abadi yang sesuai untuk setiap ruang. Siri ini dibuat daripada bahan berkualiti yang terdiri daripada 100% benang poliester kitar semula dan sekurang-kurangnya 85% plastik kitar semula dalam bingkai. 100% aluminium kitar semula digunakan dalam bar bunyi, manakala pembesar suara menggunakan 80% aluminium kitar semula dan 50% aluminium kitar semula digunakan untuk subwufer. Bar bunyi dan Pembesar Suara Enchant juga diperakui piawaian Energy Star, dan keseluruhan siri Enchant dibungkus dalam kertas diperakui FSC dan dicetak dengan dakwat soya.



Aplikasi Harman Kardon One membolehkan anda menyambung, mengawal dan menyesuaikan produk Harman Kardon Enchant anda dengan lancar melalui Wi-Fi. Dengan ciri ini, anda boleh menyediakan pengalaman teater rumah berbilang saluran dengan mudah dalam satu bilik, atau di seluruh rumah anda dengan fungsi berbilang bilik. Kedua-dua bar bunyi dan Pembesar Suara Enchant semuanya menampilkan AirPlay, Chromecast Built-inTM, Spotify Connect, Tidal Connect dan BluetoothTM, manakala Enchant 1100 juga tersedia dengan teknologi Roon (Roon Ready), jadi anda boleh menikmati persembahan muzik seolah-olah anda berada di barisan hadapan konsert.



Siri Harman Kardon Enchant akan tersedia dalam talian dan luar talian di semua pengedar sah Harman Kardon berdasarkan tarikh dan harga yang tersedia di bawah. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://swap-asia.com/brands/harman-kardon/.

Leave a comment

Trending