Rawang, 29 Oktober 2024 – GIVI buat julung kalinya mencipta pengalaman istimewa baru buat 100 orang peminat bertuah Motogp dalam acara meet & greet bersama pasukan Motogp terkenal iaitu PASUKAN HONDA LCR.

Bertempat di Kev Advenduro Park, Gamuda Gardens, acara khas ini turut dihadiri oleh pelumba Motogp pasukan LCR, Johann Zarco dan juga Pengurus pasukan yang juga bekas pelumba motogp dunia, Lucio Cecchinello, di sini.

Mengetengahkan acara meet & greet berkonsepkan FAN ENDURO DAY, acara dimulakan dengan sesi pengenalan pasukan LCR, diikuti juga dengan sesi soal jawab bersama peminat dan
seterusnya sesi autograf serta bergambar kenangan bersama hero kesayangan mereka.

Kesempatan ini juga diambil oleh ahli pasukan untuk melupakan seketika tugasan berat yang bakal mereka mulakan pada hujung minggu ini apabila sesi ujian rasmi bermula pada hari Jumaat ini. Kebanyakan daripada mereka, termasuk Pengurus pasukan Lucio, turut tidak melepaskan lekuang untuk menunggang motosikal off road dan ‘membelasah’ litar  enduro ini. Ternyata masing-masing begitu teruja mendapat peluang ini.

Untuk tidak mengecewakan peminat yang hadir, acara seperti ‘Tortoise Race Challenge’ atau motosikal lambat serta  Pertandingan Aksesori Motosikal GIVI Terbaik turut diadakan. Sebagai pelengkap acara, sesi cabutan bertuah yang antara hadiah yang dimenangi adalah Helmet Edisi Terhad GIVI LCR, aksesori beg GIVI serta beberapa barangan GIVI yang lain.

Lucio Cecchinello menggambarkan acara tersebut dengan tepat: “Acara seperti LCR FAN ENDURO DAY adalah cara terbaik untuk meraikan kerjasama kami dengan GIVI dan, yang paling
penting, untuk menghargai peminat kami terutama di Malaysia yang juga merupakan tulang belakang kejayaan kami sepanjang pembabitan dalam MotoGP.”

Rasai bahang kehangatan Petronas Grand Prix Malaysia 2024 di Litar Antarabangsa Sepang dari 1 hingga 3 November 2024! Alami tawaran dan pengalaman eksklusif hanya di GIVI Booth!

Jumpa anda di sana!

GIVI #MalaysianGP #MotoGP #LCR #GIVIMotoGP

Leave a comment

Trending