Kuala Lumpur, Malaysia — Dalam tempoh kurang sebulan sejak pelancarannya, Great Wall Motor (GWM) Malaysia telah berjaya melengkapkan penghantaran sebanyak 200 unit model pemasangan tempatan (CKD) pertama, GWM HAVAL H6 HEV ke seluruh negara. SUV hibrid ini juga telah mencatat jumlah tempahan melebihi 1,500 unit. Rekod jualan yang mengagumkan ini bukan sahaja membuktikan permintaan yang kukuh untuk pasaran Malaysia, malah mencerminkan komitmen unggul GWM dalam memperluaskan pasaran dan menawarkan rangkaian kenderaan yang berkualiti tinggi serta mampu milik untuk pasaran tempatan.

GWM berpegang teguh pada strategi perniagaan jangka panjang ‘long-termism’ yang menjadi pemangkin untuk jangkauan dan jualan di peringkat global. Strategi ini berasaskan empat tonggak utama globalisasi iaitu ‘Locally Built’, ‘Locally Operated’, ‘Locally Cultivated ’dan ‘Supply Chain Integrated’. Dengan variasi produk yang memenuhi citarasa pengguna di seluruh dunia, GWM berjaya mencatat jualan global sebanyak 122,700 unit, menandakan peningkatan tahunan yang mengagumkan sebanyak 39.85%. Strategi ini bahkan melonjakkan kejayaan jenama GWM di persada antarabangsa dengan GWM HAVAL kini melebihi 9 juta jualan kumulatif global, manakala GWM TANK mencatat lebih daripada 500,000 jualan kumulatif pada suku ketiga 2024.

“Saya amat teruja dengan kehadiran GWM HAVAL H6 HEV setelah mengetahui pencapaian hebatnya di China. Dengan waranti istimewa yang ditawarkan, saya terus membuat tempahan,” kata salah seorang pemilik GWM HAVAL H6 HEV semasa di acara GWM Family Day baru-baru ini. “SUV segmen-C ini boleh mencapai sehingga 1000 km dengan satu tangki penuh, sememangnya sesuai untuk pemanduan harian saya,” tambah beliau.

Untuk pasaran Malaysia, GWM HAVAL H6 HEV ditawarkan pada harga RM139,800 dengan lima pilihan warna menarik: Energy Green, Ayers Silver, Crayon Grey, Hamilton White, dan Sun Black.

SUV ini dikuasakan oleh enjin turbo 1.5L dengan paduan tenaga elektrik dan petrol yang menghasilkan gabungan kuasa maksimum 243 PS dan tork maksimum 530 Nm, untuk prestasi unggul dan penjimatan bahan api yang efisien. Selain itu, teknologi Dedicated Hybrid Transmission (DHT) membolehkan pemandu merasakan pecutan pantas 0-100 km/j dalam hanya 7.7 saat. SUV berorientasikan keluarga ini direka untuk pemanduan berprestasi optimum, penjimatan bahan api dan pengalaman tiada bandingan dalam setiap perjalanan.

Sebagai tanda penghargaan, GWM Malaysia menawarkan pelbagai tawaran dan waranti istimewa kepada pemilik GWM HAVAL H6 HEV:

Tawaran Istimewa:

  • Tawaran Pelancaran – Penyelenggaraan PERCUMA selama 5 tahun kepada mereka yang mendaftarkan GWM HAVAL H6 HEV pada tahun 2024 (termasuk alat ganti dan kos buruh).*
  • Tawaran Kesetiaan Pelanggan GWM – Rebat tambahan RM 3,000 kepada pemilik kenderaan GWM sedia ada.*

Waranti:

  • Nikmati Waranti Enjin selama 10 tahun / 1,000,000km.**
  • Layak untuk menerima Waranti Sistem HEV selama 8 tahun / 1,000,000km.**
  • Dapatkan Waranti Penuh Kenderaan selama 7 tahun / 200,000km.*

*Tertakluk kepada terma dan syarat.

**Eksklusif untuk pemilik pertama dan pendaftaran persendirian. Bagi     yang    berminat          untuk   membuat         tempahan        GWM   HAVAL H6        HEV,    sila       layari https://www.gwm.com.my/HAVAL_H6_HEV.html.

Leave a comment

Trending