Jenama Porsche di Malaysia yang dibawa oleh Sime Darby Auto Performance telah pun melancarkan model Porsche Macan yang berlangsung dengan cukup mempersona berlatar belakangkan panorama bandaraya Kuala Lumpur. Model yang cukup dinantikan itu hadir dalam kuasa elektrik sepenuhnya dengan tawaran dalam bentuk 4 varian yang berbeza. Kenderaan elektrik penuh ini boleh didapatkan bermula dari harga RM430,000 untuk jenis “single-motor” buat mereka yang berminat dengan model tersebut.

Menurut ketua pegawai eksekutif Sime Darby Auto Performance, Christopher Hunter “Kami sangat teruja untuk memperkenalkan model Macan serba baharu ini kepada pasaran Malaysia. Model ini sudah menjadi sangat popular sejak pengenalannya dan untuk membawa ia masuk ke Malaysia adalah sesuatu yang sangat kami nantikan. Permintaan dari pelanggan adalah amat menggalakkan dan kini, model tersebut sudah boleh dipandu uji dan diperoleh dari semua pusat jualan Porsche di seluruh negara. Kami juga amat teruja untuk melihat unit elektrik ini meluncuri di jalan raya di sini.

Kesemua varian Porsche Macan ini dibina menggunakan platform “Premium Platform Electric (PPE) melalui rekaan voltan tinggi 800V dan juga bateri jenis lithium-ion yang dipasang pada bawah badan kereta. Kapasiti sebanyak 100kWh pada bateri ini juga mampu digunakan secara aktif sehingga 95 kWh. Porsche Macan serba baharu ini dipacu dengan tayar belakangnya menjadi model tahap permulaan bagi siri SUV elektrik penuh buat jenama Porsche. Melalui penggunaan “launch control” SUV sporty ini mampu menghasilkan daya sehingga 360PS dan ia juga mempunyai tahap efisyen yang tinggi dengan jarak penggunaan sehingga 641KM (WLTP).

Bagi varian pertengahan SUV ini pula, Porsche Macan 4 boleh menghasilkan kuasa sehingga 408PS melalui sistem overboost pada penggunaan “Launch Control” manakala Porsche Macan 4S boleh menghasilkan kuasa sehingga 516PS melalui prosedur sistem yang sama. Ini sudah tentu menjadi sasaran kelompok pengguna yang lebih tinggi tarafnya dalam segmen model Porsche Macan ini.

Untuk model tertinggi dalam tanda nama nya adalah Porsche Macan Turbo Electric dengan kuasa tujahan sehingga 639PS dengan torque maksima pada tahap 1,130Nm. Ini membolehkan prestasinya mencapai 100km/h dalam hanya 3.3 saat sahaja. Kesemua varian Porsche Macan ini boleh dicas dari 10%-80% hanya dalam 22 minit dan sistem pengecasannya juga boleh membahagikan bateri itu kepada dua bahagian bagi meningkatkan tahap efisyen bateri tersebut. Dalam masa sama, Porsche Macan ini boleh menjana tenaga semula sewaktu pemanduan dengan varian pacuan empat roda boleh menjana sehingga 240kW manakala varian pacuan dua roda boleh menjana sehingga 200kW.

Porsche Macan serba baharu ini juga merupakan keluaran pertama buat model ini yang bakal menerima naik taraf pengendalian yang cukup tinggi melalui pengenalan “Rear-Axle Steering”. Ini memberikan Porsche Macan ini pengendalian yang sporty sesuai dengan posisi kenderaan SUV prestasi tinggi yang dianjurkan oleh jenama tersebut.  Selain itu, kereta ini juga dilengkapi sistem IHU yang dibina melalui platform Android Automotive OS untuk menjadikan keserasian yang lebih jitu buat penggunaannya. Sudah tentu, ia turut menyokong aplikasi buat ekosistem Apple juga bagi mereka yang mempunyai peranti berikut.

Ruangan buat Porsche Macan ini menjadi lebih luas apabila ia menjadi sebuan kenderaan elektrik penuh dengan jumlah ruang simpanan di belakang mengikut varian boleh mencapai keluasan sehingga 540L. Dalam masa sama, ia turut mempunyai ruangan simpanan di hadapan yang kita kenali sebagai “Frunk” dek kereta ketiadaan enjin di bahagian tersebut. Keseluruhannya, kereta ini menjadi lebih luas dan dianggar boleh memberikan lebih keselesaan dan praktikaliti buat pemilik untuk kegunaan harian.

Porsche Malaysia buat masa ini menawarkan waranti dan selenggara yang diberikan lengkap buat pemilik kepada dua tahun pertama buat semua model Macan ini dan jaminan buat bateri nya adalah sebanyak 8 tahun atau 160,000km penggunaan (mana-mana yang dicapai dahulu). Bakal pemilik juga boleh memilih untuk lanjutan tempoh jaminan kenderaan mereka sehingga 15 tahun yang boleh dibeli melalui pilihan yang diberikan.

Macan: RM 430,000 (with a combined WLTP range of 641 km)
Macan 4: RM 445,000 (with a combined WLTP range of 612 km)
Macan 4S: RM 525,000 (with a combined WLTP range of 606 km)
Macan Turbo: RM 635,000 (with a combined WLTP range of 590 km)

Porsche Macan serba Baharu elektrik penuh kini boleh dimiliki dan ditempah dari cawangan Porsche berdekatan anda. Pandu uji juga disediakan dan anda boleh hubungi pihak jualan melalui laman berikut https://bit.ly/macan-electric-2024

Leave a comment

Trending