Volvo Car Malaysia mengumumkan pembaharuan ke atas model Volvo XC40 B5 Plus, yang telah dikemaskini untuk model tahun 2025 (MY25). Kini tersedia untuk tempahan di mana-mana pengedar sah Volvo, XC40 B5 Plus adalah salah satu model popular dari Volvo Car Malaysia, dengan stok MY24 yang habis terjual dalam tempoh tiga bulan pada tahun ini.

Patricia Yaw, Pengarah Pemasaran & PR Volvo Car Malaysia, berkata: “Kami menyedari permintaan yang semakin meningkat daripada pelanggan untuk pilihan yang pelbagai. Oleh itu, kami dengan bangganya memperkenalkan Volvo XC40 B5 Plus yang telah dikemas kini sebagai salah satu pilihan untuk pemanduan yang lebih mesra alam. Di Volvo, kami komited untuk menawarkan kenderaan yang sesuai untuk setiap gaya hidup. Sama ada hibrid ringkas, hibrid plug-in, atau model elektrik sepenuhnya, setiap pilihan mencerminkan dedikasi kami kepada masa depan yang lebih mampan. Paling penting sekali, pilihan-pilihan ini tetap mengutamakan keselesaan dan kebiasaan pemandu kami.”

Dikuasakan oleh sistem hibrid ringkas, Volvo XC40 B5 Plus menggabungkan enjin petrol 2.0-liter turbocharged dengan bantuan elektrik, menghasilkan 249 hp dan 350 Nm tork. Motor elektrik menambah 14 hp dan 40 Nm, disalurkan ke semua empat roda melalui transmisi automatik Geartronic lapan kelajuan, memberikan pengalaman pemanduan yang lancar dan efisien.

Model MY25 Volvo XC40 B5 Plus yang diperbaharui ini berharga RM278,888* dan hadir dengan ciri-ciri berikut:

  • Lampu Piksel: Dilengkapi dengan sensor, lampu ini menyesuaikan kecerahan secara dinamik untuk mengoptimumkan penglihatan pemandu sambil mengurangkan silau bagi lalu lintas yang berlawanan.
  • Roda Aloi 19-Inci: Direka aerodinamik untuk meningkatkan estetika dan kecekapan bahan api.
  • Warna Luar Baharu: Warna elegan Cloud Blue kini ditambah ke pilihan warna sedia ada seperti Onyx Black, Crystal White, Silver Dawn, dan Sage Green.
  • Infotainmen Android: Sistem ini juga boleh digunakan dengan Google Assistant, Google Maps, Google Play Store dan banyak lagi.
  • 5 Tahun Perkhidmatan Digital Percuma: Nikmati akses melalui aplikasi Volvo Cars, bersama perkhidmatan dari Google Play Store.

Selain itu, Volvo XC40 B5 Plus mengekalkan ciri keselamatan pintar Volvo yang maju termasuk perlindungan jalan keluar, sistem perlindungan leher, amaran dan sokongan mitigasi perlanggaran depan dan belakang, sistem informasi titik buta dengan bantuan stereng, bantuan pengemudian lorong, pandangan parkir 360 darjah, amaran lalu lintas lintas dengan brek automatik dan banyak lagi.

Pelanggan kini boleh membuat pembelian di mana-mana pengedar sah Volvo. Untuk maklumat lanjut tentang kereta Volvo lain, layari www.volvocars.com/my atau ikuti Volvo Car Malaysia di Facebook bit.ly/VolvoMY-FB dan Instagram di bit.ly/VolvoMY-IG.

Leave a comment

Trending