smart Malaysia baru-baru ini meraikan satu pencapaian luar biasa ulang tahun pertamanya dengan suatu perjumpaan bersama pelanggan yang dinanti-nantikan, smartAWAY Gathering. Diadakan pada 14 Disember 2024, acara ini menghimpunkan 100 pemilik smart bersama ahli keluarga dan rakan-rakan mereka dalam suasana yang sangat meriah. Dengan lebih daripada 40 kereta smart juga turut serta, acara ini menjadi satu tumpuan visual yang memukau serta bukti semangat komuniti yang kukuh yang telah berkembang bersama jenama ini sepanjang satu tahun yang lalu. Acara istimewa ini bukan sahaja menyatukan pemilik smart dan PRO-NET tetapi juga melibatkan komuniti yang lebih luas dalam meraikan pencapaian dan kemajuan yang luar biasa. 

Bermula di smart Glenmarie dan berakhir di Monkeys Canopy Resort Sungai Long Hills, perjumpaan ini mempamerkan perjalanan smart Malaysia dalam memacu kelestarian, memperluas pasaran, dan memberikan kepuasan pelanggan yang luar biasa. Ulang tahun ini bukan sekadar cerminan kejayaan lalu, tetapi juga salah satu sambutan terhadap masa depan yang penuh dengan peluang dan keterujaan. 

Mengukuhkan Hubungan Melalui Ganjaran 

Salah satu perkara penting dalam acara ini ialah pelancaran program hello smart points yang telah ditingkatkan dimana aplikasi ini diperhebat dengan pengenalan GENO Group. Inovasi ini mengubah program tersebut menjadi platform yang mengetengahkan gaya hidup, memberikan mata ganjaran kepada pelanggan yang menyertai acara seperti smartAWAY Gathering. Sebagai penghargaan atas sokongan luar biasa daripada pemilik smart, setiap peserta menerima 1,000 mata ganjaran, sekali gus mengukuhkan komitmen jenama dalam membina hubungan yang kukuh dengan pelanggannya. 

Selain itu, smart Malaysia mengumumkan kemas kini menarik untuk program hello smart points, di mana semua pemilik smart sedia ada dan yang baharu akan menerima 1,000 mata ganjaran sebagai ganjaran atas kesetiaan dan sokongan yang berterusan. Ganjaran istimewa ini sedia untuk ditebus sehingga 31 Disember 2024 sekali gus mengukuhkan lagi hubungan antara jenama dan komuniti. 

Mengukuhkan Ikatan Komuniti smart 

Dengan sesi perkongsian pada acara tersebut, smart Malaysia mengeratkan hubungan dan berinteraksi dengan komuniti pemilik smart. Sesi ini menyediakan platform bagi pemilik untuk berkongsi pengalaman, pandangan, dan tip serta memupuk hubungan dan persaudaraan yang lebih mendalam. Ia menekankan kepentingan pendekatan berasaskan komuniti, memperlihatkan hubungan yang erat dalam memperkukuh hubungan antara smart Malaysia dan pelanggannya. 

“Ulang tahun ini menandakan satu langkah penting dalam perjalanan kami untuk mengembangkan mobiliti lestari di Malaysia. Sepanjang tahun lalu, kami telah membina sebuah komuniti yang menghargai inovasi, hubungan, dan kemajuan. smartAWAY Gathering adalah bukti kepada hubungan kukuh yang telah kami bina bersama pelanggan, rakan kongsi, dan komuniti yang lebih luas. Dengan menuju ke hadapan, kami tetap komited untuk memperkenalkan teknologi yang menerajui masa depan, menyampaikan pengalaman luar biasa, dan memacu visi kami ke arah masa depan yang lebih hijau,” kata Zhang Qiang, Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET. 

smartAWAY Gathering bukan hanya sekadar satu perjumpaan, ia juga mencerminkan nilai dedikasi yang menjadikan smart Malaysia unik. Dengan rancangan untuk terus berkembang dan berinovasi yang telah pun dimulakan, smart Malaysia berada pada kedudukan terbaik untuk terus memberi inspirasi dan menjalin hubungan yang lebih erat dengan komuniti pada masa akan datang. 

Untuk maklumat lanjut atau untuk menempah pandu uji anda, sila layari https://my.smart.com/# 

Leave a comment

Trending