
PRO-NET, anak syarikat pengeluar kereta nasional PROTON, mengumumkan bahawa smart #3 telah mencipta kejayaan besar dalam dunia automotif dengan memenangi pelbagai anugerah berprestij untuk kesemua variannya. Dengan reka bentuk yang elegan, prestasi yang mengagumkan, dan teknologi inovatif, smart #3 telah memikat hati rakyat Malaysia. Ia bukan sekadar sebuah kereta bahkan sebuah langkah yang berani menuju ke arah mobiliti elektrik, membuktikan bahawa memandu kenderaan elektrik boleh dijadikan pengalaman yang menyeronokkan dan memberi inspirasi.
Barisan smart #3 Meraih Anugerah Berprestij di Car of the Year 2024 Awards
smart #3 Brabus menyerlah sebagai gabungan terbaik antara kemewahan dan prestasi. Meraih Anugerah Editor’s Choice 2024 “Best Electric Luxury Compact AWD Crossover/SUV” oleh Star Carsifu, varian berprestasi tinggi ini dikenali dengan kehebatan prestasi Brabus, reka bentuk yang gah, dan teknologi canggih, menetapkan satu tanda aras baharu untuk sebuah SUV elektrik premium.
smart #3 Premium sebuah EV premium kompak, juga merangkul anugerah berprestij “Best Compact Premium EV” di Carlist.my & WapCar Car of the Year 2024 Awards, mencerminkan popularitinya di kalangan rakyat Malaysia. Dengan reka bentuk moden, integrasi canggih melalui aplikasi Hello smart, dan ruang dalamannya yang mewah, varian Premium melengkapkan kombinasi inovasi dan kecanggihan dengan sempurna.
Sementara itu, smart #3 Pro telah membuktikan bahawa nilai hebat dan teknologi canggih boleh wujud seiring. Varian ini telah merangkul gelaran berprestij “Car of the Year 2024, Crossover of the Year Below RM200k” oleh MARii. Direka untuk praktikaliti dan inovasi, varian Pro adalah pilihan ideal bagi pemandu yang mengutamakan fungsi, mampu milik, dan kelestarian dalam pengalaman pemilikan EV mereka.
“Anugerah ini bukan sekadar pengiktirafan, ia juga mencerminkan perjalanan smart #3 dan hubungannya yang kukuh dengan rakyat Malaysia. Ia adalah sebuah kenderaan untuk mereka yang menghargai inovasi, kelestarian, dan teknologi canggih. Saya amat berterima kasih atas kepercayaan yang diberikan oleh pelanggan kami, serta pencapaian smart sebagai salah satu jenama EV premium terbaik di Malaysia. Hal Ini menonjolkan permintaan yang semakin meningkat terhadap mobiliti elektrik dan keyakinan pelanggan terhadap jenama smart. Sokongan mereka yang berterusan memberi inspirasi kepada kami untuk terus meningkatkan kualiti dan menawarkan kenderaan yang lebih baik,” kata Encik Zhang Qiang, Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET.

Raikan Tahun Baru dengan Ganjaran Eksklusif!
smart Malaysia mengumumkan kempen Tahun Baru Cina istimewa yang menawarkan ganjaran eksklusif bernilai sehingga RM31,000. Sama ada anda tertarik dengan prestasi hebat smart #3 atau reka bentuk inovatif smart #1, inilah masa yang sempurna untuk anda menyambut masa depan mobiliti elektrik.
Pelanggan yang membeli smart #1 atau smart #3 semasa kempen ini berlangsung akan menerima smartCharge percuma dengan pemasangan standard, memberikan kemudahan pengecasan di rumah dengan lancar. Selain itu, smartONGPao yang dilengkapi dengan 100,000 mata ganjaran bernilai RM1,000 dalam kredit pengecasan, memastikan kemudahan pengecasan yang lancar sepanjang tahun untuk perjalanan EV anda.
Untuk menjadikan tawaran ini lebih menarik, smart Malaysia menawarkan penjimatan segera 10%, termasuk CPP (Program Rakan Korporat). Tawaran eksklusif ini tersedia selagi stok masih ada, menjadikannya masa yang tepat untuk membawa pulang EV smart dan menjadikan Tahun Baru Cina anda lebih bermakna.
Kunjungi bilik pameran smart terdekat atau teroka lebih lanjut di https://my.smart.com/# untuk memanfaatkan peluang menarik ini. Jadikan Tahun Baru Cina anda lebih bermakna dengan smart #1 dan smart #3!







Leave a comment