
SELANGOR, 27 FEBRUARI 2025 – Pasaran motosikal adventure di Malaysia kini dihadiri
sebuah model terbaru yang penuh dengan ciri-ciri inovatif dan berprestasi tinggi dari jenama VOGE iaitu model DS900X. Diperkenalkan oleh MForce Bike Holdings Sdn. Bhd., motosikal ini dijual pada harga RM49,998 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans) dan kini boleh
didapati di semua pengedar sah MForce di seluruh Malaysia.

VOGE DS900X tampil dalam tiga warna menarik iaitu Aviator Blue, Lime Green dan
Matt Black. Dikuasakan oleh enjin 895cc dwi-silinder, empat-lejang dan lapan-injap,
jentera ini mampu menghasilkan 70kW pada 8,250rpm dan tork maksimum 95Nm pada 6,000rpm.

Nisbah mampatan 13.1:1, sistem penyejukan cecair dan sistem suntikan bahan api
elektronik DS900X direka untuk memberikan keseimbangan antara kuasa dan kecekapan bagi perjalanan jauh dan penjelajahan off-road.
Dilengkapi dengan fork teleskopik terbalik, penyerap hentak belakang monoshock dan lengan ayun (swingarm) aluminium yang unik, motosikal ini memastikan kualiti kestabilan dan kawalan optimum di pelbagai permukaan jalan.

Sistem brek cakera berkembar dari jenama terunggul Brembo dengan dwi saluran ABS,
berdiameter 305mm di bahagian hadapan dan brek cakera tunggal 265mm di bahagian belakang memastikan kuasa pemberhentian motosikal yang efisien walaupun dalam
keadaan mengejut.

VOGE DS900X menggunakan tayar hadapan 90/90-21 inci jenis spoke tubeless dan tayar
belakang 150/70-17 inci jenis spoke tubeless, memberikan cengkaman luar biasa bagi laluan mencabar.

Selain prestasi dinamiknya, VOGE DS900X juga dilengkapi dengan pelbagai ciri premium
untuk perjalanan jarak jauh yang lebih selesa dan selamat. Motosikal ini menawarkan empat mod tunggangan iaitu Rain, Road, Sport dan Enduro yang membolehkan penunggang menyesuaikan prestasi mengikut keadaan jalan seterusnya meningkatkan prestasi tunggangan.
VOGE DS900X turut dilengkapi dengan sistem quickshifter yang membolehkan penukaran
gear lebih pantas dan lancar tanpa perlu menarik klac, menjadikan pengalaman
menunggang lebih responsif dan dinamik. Dengan teknologi ini, penunggang dapat
menikmati pecutan yang lebih lancar serta kawalan yang lebih baik, terutamanya ketika
memecut di lebuh raya atau menunggang di laluan mencabar.

Selain itu, terdapat juga sistem kunci pintar yang membolehkan motosikal dihidupkan tanpa menggunakan kunci fizikal, manakala paparan TFT berwarna dengan tujuh inci memberikan maklumat penting dengan jelas. Lebih menarik, keselamatan ditingkatkan dengan sistem
pemantauan tekanan tayar (TPMS), kawalan jelajah automatik (auto cruise) serta dashcam hadapan untuk rakaman dan keselamatan sepanjang perjalanan.

VOGE DS900X dilengkapi dengan lampu utama LED, lampu belakang LED yang terang, lampu spotlight, butang hazard dan sistem radar untuk meningkatkan keterlihatan dan keselamatan di jalan raya. Sistem pengecasan USB dwi-port dengan Type-A dan Type-C serta soket output berkuasa 12V10A membolehkan penunggang mengecas peranti mereka
sepanjang perjalanan.

Motosikal ini turut dilengkapi handguard dan crash bar bagi perlindungan yang optimum,
manakala pemanas grip tiga tahap dan pemanas tempat duduk berfungsi untuk memberikan keselesaan tambahan dalam keadaan cuaca sejuk.








Leave a comment