
PEUGEOT Malaysia hari ini mengumumkan pembukaan besar-besaran bilik pameran PEUGEOT Kuching oleh Heng Lian Enterprise Berhad, sekali gus mencatat satu pencapaian penting sebagai pusat 3S (Jualan, Servis & Alat Ganti) PEUGEOT yang pertama di Sarawak. Pertama di Sarawak di bawah Stellantis Malaysia, bilik pameran 3S PEUGEOT itu terletak di lokasi strategik di bandar Kuching. Ia menawarkan rangkaian perkhidmatan yang komprehesif kepada pemilik baharu dan sedia ada PEUGEOT, seterusnya mengukuhkan komitmen jenama ini terhadap aspek kepuasan pelanggan dan menawarkan pengalaman automotif yang premium.
Memiliki keluasan mencecah 4,200 kaki persegi, PEUGEOT Kuching direka untuk memberikan pengalaman yang menyenangkan kepada para pelanggan. Bilik pameran tersebut dilengkapi dengan ruang pameran empat buah kenderaan dan satu tempat penyerahan. Ini demi memastikan proses penyerahan kenderaan baharu kepada pelanggan yang lebih lancar. Selain jualan, pusat servis bersepadu itu turut menawarkan perkhidmatan penyelenggaran, pembaikan dan sokongan jaminan bagi memenuhi keperluan komuniti pemandu PEUGEOT yang semakin ramai di Sarawak.

Ketua Pegawai Operasi ASEAN dan dan Pengedar Am Stellantis , Daniel Gonzalez berkata, “Strategi kami untuk mengukuhkan kehadiran serta pertumbuhan PEUGEOT di Malaysia melibatkan pertambahan rangkaian pengedar, dan Malaysia Timur memainkan peranan penting dalam usaha pengembangan ini. Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan Heng Lian dan mengalu-alukan kehadiran mereka ke dalam rangkaian pengedaran kami sebagai Pusat 3S pertama. Kami juga akan terus meluaskan kehadiran ke pasaran Malaysia Timur ini.
“Bagi mengekalkan standard kepakaran paling tinggi, pasukan penyelenggaraan selepas jualan di PEUGEOT Kuching telah menjalani latihan yang komprehensif, sama ada secara dalam talian dan bersemuka dengan kerjasama Stellantis Malaysia. Komitmen ini turut melibatkan semua kakitangan pada masa depan demi memastikan semua pemilik kenderaan PEUGEOT menerima servis dan sokongan yang terbaik.”
Prinsipal Pengedar PEUGEOT Kuching, Sylvia Ng berkata, “PEUGEOT Kuching bukan sekadar sebuah bilik pameran, tetapi ia merupakan komitmen untuk menawarkan pengalaman pemilikan yang luar biasa kepada para pelanggan kami. “Pelaburan kami ke atas perkhidmatan selepas jualan, dari penyelenggaraan hinggalah sokongan jaminan memastikan para pelanggan baharu dan sedia ada PEUGEOT akan menerima penjagaan yang terbaik. Dengan pasukan yang terlatih dan lokasi strategik, kami bersedia untuk menetapkan standard baharu dalam aspek khidmat pelanggan dan kecemerlangan automotif.”
Para pelanggan PEUGEOT Kuching juga bakal menerima manfaat daripada Hotline Khidmat Pelanggan Stellantis di talian 1800-18-STLA (7852). Ia menawarkan bantuan secara langsung untuk menyelesaikan apa jua persoalan atau masalah dengan efisien. Selain itu, pelanggan boleh terus berhubung dengan pengedar PEUGEOT Kuching di nombor 016-2171464 untuk mendapatkan bantuan.







Leave a comment