Untuk peminat aksi lasak dan jiwa pengembara, BMW Motorrad Malaysia membawakan semangat ‘Make
Life A Ride’ di litar perlumbaan dan pengembaraan jarak jauh.


Kuala Lumpur, 21 April 2025 – BMW Motorrad Malaysia hari ini memperkenalkan BMW S 1000 RR Serba Baharu dan BMW F 900 GS Adventure Baharu, masing-masing mewakili kemuncak motosikal
sukan berprestasi tinggi dan motosikal pengembaraan yang versatil.


Benjamin Nagel, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, berkata, “Tidak lama dahulu, kami telah memperkenalkan BMW C 400 X Baharu dan BMW C 400 GT Baharu, yang mengangkat mobiliti bandar
ke tahap yang lebih tinggi di Malaysia. Kini, kami meluaskan tawaran kami ke prestasi di litar, luar jalan
raya, pengembaraan jarak jauh dan laluan mencabar. Dengan BMW S 1000 RR Serba Baharu, kami memenuhi kehendak penunggang yang menginginkan kuasa sebenar, ketepatan, dan keterujaan di litar.


Sementara itu, BMW F 900 GS Adventure Baharu direka untuk mereka yang menggemari pengembaraan
tanpa batasan, sama ada di laluan lasak mahupun perjalanan jarak jauh, dengan kelengkapan teknologi
canggih dan serba boleh.”
Beliau menambah, “Dengan pengenalan dua model baharu ini, BMW Motorrad terus menerajui aspek prestasi, ketepatan, dan inovasi. ‘Make Life A Ride’ kekal sebagai janji utama jenama kami kepada para penunggang di Malaysia, memberi inspirasi kepada mereka untuk menikmati keterujaan dan kebebasan
dalam setiap penunggangan, sama ada di litar berkelajuan tinggi mahupun di laluan lasak. Menjelang tahun 2025, kami teruja untuk terus memenuhi keperluan penunggang daripada pelbagai segmen, dengan menawarkan motosikal premium yang menggabungkan prestasi luar biasa, teknologi tercanggih,
dan pengalaman yang tidak dapat dilupakan.”


Dengan BMW S 1000 RR Serba Baharu dan BMW F 900 GS Adventure Baharu, BMW Motorrad Malaysia terus melangkaui jangkauan buat penunggang Malaysia. BMW S 1000 RR Serba Baharu memberi nafas baharu terhadap motosikal sukan berprestasi tinggi, manakala BMW F 900 GS Adventure Baharu menetapkan standard baharu bagi motosikal pengembaraan lasak yang versatil. Kedua-dua model ini
menawarkan pengalaman yang tiada tandingan kepada penunggang Malaysia, baik di litar mahupun di luar jalan raya, sekaligus mencerminkan moto “Make Life A Ride”.

Malaysia BMW S 1000 RR Serba Baharu: Motosikal Sukan Terunggul dengan Nafas Baharu.

BMW S 1000 RR Serba Baharu, yang dibangunkan berasaskan legasi terdahulu, kini hadir dengan dinamik penunggangan yang lebih lancar, teknologi terkini, serta reka bentuk yang lebih berani dan agresif. Direka untuk prestasi maksimum, BMW S 1000 RR Serba Baharu dilengkapi dengan pendikit
pendek M baharu yang memberikan respon lebih pantas terhadap setiap arahan, sayap aerodinamik baharu untuk meningkatkan daya tekan ke bawah, penutup tayar hadapan baharu dengan saluran penyejukan brek yang diintegrasikan untuk penyejukan yang lebih baik, serta panel sisi reraut baharu
yang menyerlahkan lagi reka bentuknya.


Teras kuasa BMW S 1000 RR Serba Baharu terletak pada enjin sebaris 4-silinder, 4-lejang, 999 cc yang disejukkan dengan air dan minyak, direka dengan penuh ketelitian, untuk menghasilkan output 154 kW (210 hp) pada 13,750 rpm dan tork 113 Nm pada 11,000 rpm. Enjin berprestasi tinggi ini, digandingkan dengan reka bentuk aerodinamik yang ringan serta kotak gear 6-kelajuan jenis claw-shifted,
membolehkan BMW S 1000 RR Serba Baharu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam hanya 3.3 saat, dengan kelajuan maksimum melebihi 300 km/j.
Sebagai ciri standard, BMW S 1000 RR Serba Baharu didatangkan dengan Pakej Race yang merangkumi rantai M Endurance untuk ketahanan luar biasa, serta ekzos jenis Slip-on yang bukan sahaja meningkatkan prestasi, tetapi turut menghasilkan bunyi ikonik yang mengagumkan.

Pakej Dynamic juga disertakan sebagai ciri standard, menampilkan Kawalan Redaman Dinamik yang
menyesuaikan tetapan suspensi secara berterusan mengikut keadaan penunggangan sebenar bagi
memastikan pengendalian yang optimum dalam semua situasi. Ciri pemanas pada pemegang dan Kawalan Penunggangan turut dilengkapi untuk memberikan keselesaan serta kawalan yang lancar, terutamanya ketika menempuh perjalanan jauh.

Untuk fleksibiliti tambahan, Kit Penumpang standard hadir dengan pelapik tempat duduk belakang, membolehkan peralihan mudah antara tunggangan solo yang dinamik dan pengembaraan berdua yang selesa. Pada masa yang sama, sistem Pemantauan
Tekanan Tayar turut juga disediakan sebagai ciri standard, memberikan pemantauan masa nyata demi
keselamatan, prestasi dan ketenangan fikiran sepanjang perjalanan.

Dengan kelengkapan Riding Mode Pro, penunggang boleh memilih daripada mod RAIN, ROAD, DYNAMIC, RACE, serta tiga lagi mod tambahan RACE PRO untuk melaras prestasi motosikal mengikut keutamaan masing-masing.
Bagi mereka yang menginginkan pengalaman penunggangan yang lebih eksklusif, Pakej M menawarkan gabungan sempurna antara teknologi yang berinspirasikan litar dengan reka bentuk yang penuh gaya.


Pakej ini merangkumi roda karbon M dengan jalur warna M, perehat kaki M, pilihan tempat duduk M Malaysia Endurance atau M Sport, serta penutup tangki minyak berwarna hitam yang menyerlahkan lagi tarikan
visual motosikal ini. BMW S 1000 RR Serba Baharu ditawarkan dalam warna Blue Stone Metallic yang menyerlah,
menampilkan empat jalur khas pada panel sisi dan dua jalur pada sayap. Bagi mereka yang memilih Pakej M, BMW S 1000 RR Serba Baharu hadir dalam warna Light White Solid/M Motorsport, yang turut
diserlahkan dengan empat jalur pada panel sisi dan dua pada sayap.


BMW F 900 GS Adventure Baharu: Menyemarakkan Pengembaraan dengan Keyakinan.
BMW F 900 GS Adventure Baharu direka khas untuk penunggang yang menginginkan gabungan
sempurna antara penerokaan lasak dan perjalanan jarak jauh. Dengan kemampuan serba bolehnya yang tiada tandingan serta keupayaannya yang luar biasa, motosikal ini mampu menakluki laluan mencabar mahupun perjalanan jauh dengan penuh yakin dan mudah.


Teras kuasa motosikal ini terletak pada enjin sebaris 2-silinder, 4-lejang berkapasiti 895 cc yang menjana kuasa 77 kW (105 hp) pada 8,500 rpm dan tork 93 Nm pada 6,750 rpm. Kuasa ini membolehkan motosikal memecut dari 0 ke 100 km/j dalam hanya 3.7 saat, dengan kelajuan maksimum melebihi 200km/j, memberikan keseimbangan sempurna antara kuasa, kelincahan dan kebolehpercayaan untuk
pengembaraan di jalan raya mahupun laluan lasak.


BMW F 900 GS Adventure Baharu hadir dengan ciri standard, dilengkapi dengan penyerap hentak hadapan jenis terbalik yang boleh dilaras sepenuhnya (pra-beban spring, mampatan dan lantunan),
menawarkan jarak pergerakan spring sehingga 230 mm.

Penyesuaian ini boleh dilakukan dengan mudah
tanpa penggunaan alatan, meningkatkan kestabilan dan kawalan mengikut pelbagai situasi tunggangan, sama ada di jalan raya, laluan lasak, secara solo, bersama pembonceng, atau dengan beban tambahan.


Untuk keselesaan dan perlindungan tambahan, BMW F 900 GS Adventure Baharu ini turut dilengkapi secara standard dengan ciri pemanas pada pemegang, pelindung tangan plastik tahan lasak, serta pelindung enjin jenis plat aluminium. Selain itu, tuil gear aluminium boleh laras turut disediakan untuk meningkatkan aspek ergonomik penunggangan.


Sementara itu, penawaran Pakej Ride Pro sebagai ciri standard meningkatkan BMW F 900 GS Adventure Baharu dalam pelbagai aspek. Bagi kemudahan dan fleksibiliti, BMW F 900 GS Adventure Baharu dilengkapi dengan penyokong utama, rak bagasi dengan pemegang kotak aluminium dan rantai M
Endurance. Lampu hadapan LED dengan lampu siang dan lampu bantuan memastikan pencahayaan yang lebih baik, memberikan keselamatan tambahan di semua jenis laluan, manakala kawalan cahaya mengikut negara mengoptimumkan prestasi pencahayaan untuk persekitaran yang berbeza.

Sistem Bantuan Penukaran Gear Pro, Penyesuaian Suspensi Elektronik Dinamik dan navigasi juga disertakan
sebagai ciri standard, memastikan ketenangan fikiran semasa pengembaraan. Selain itu, Riding Modes
Pro turut dilengkapi sebagai standard, menawarkan mod Rain, Road, Dynamic, Enduro dan Enduro Pro.

BMW F 900 GS Adventure Baharu ditawarkan dalam warna White-Aluminium Matt, satu kemasan yang
menyerlahkan kehadirannya di mana-mana laluan. Model ini turut menampilkan panel sisi dengan logo GS baharu, tempat duduk yang selesa berwarna hitam dan kelabu, penutup radiator berwarna White-
Aluminium dengan perincian jalur baharu, dan penutup tangki yang sewarna dengan badan motorsikal, iaitu white-aluminium, yang menyerlahkan reka bentuknya yang berani dan lasak.

Servis Kewangan.
Melalui Pelan Pembiayaan Straight Line daripada BMW Group Financial Services Malaysia (berdasarkan
anggaran pinjaman 90 peratus selama tujuh tahun), pemilikan BMW S 1000 RR Serba Baharu bermula dari RM1,948 sebulan. Sementara itu, pemilikan BMW S 1000 RR Serba Baharu dengan Pakej M bermula dari RM2,228 sebulan. Bagi BMW F 900 GS Adventure Baharu, pemilikan bermula dari RM1,338 sebulan. Pemilik juga boleh menikmati manfaat tambahan melalui Program Minyak Enjin Premium
Terkemuka dalam Industri, Servis Inklusif, dan Lanjutan Waranti oleh BMW Motorrad Malaysia.


Harga jualan yang disyorkan (di atas jalan, dengan Waranti Tiga Tahun dan Program Bantuan Tepi Jalan 3 Tahun daripada BMW Motorrad Malaysia, tanpa insurans) bagi BMW S 1000 RR Serba Baharu dan BMW F 900 GS Adventure Baharu adalah:

BMW S 1000 RR Serba Baharu RM 139,500.00

BMW S 1000 RR Serba Baharu dengan Pakej M RM 159,500.00

BMW F 900 GS Adventure Baharu RM 95,500.00

Untuk maklumat lanjut mengenai BMW S 1000 RR Serba Baharu dan BMW F 900 GS Adventure Baharu,
sila layari laman web rasmi BMW Motorrad Malaysia di https://www.bmw-motorrad.com.my/.

Leave a comment

Trending