Shanghai, China 23 Mac 2025: Dunia dipertontonkan dengan barisan motokar-motokar terkini di pasaran terutamanya motokar elektrik sepenuhnya (EV), dan hampir semua pembuat motokar daripada China dan Jepun mempamerkan model-model terkini dan prototype mereka seolah-olah soal tariff cukai yang tinggi dikenakan terhadap mereka tidak mendatangkan kesan langsung.

Ini jelas membuktikan bahawa pasaran mereka tidak hanya tertakluk atau tertumpu  kepada Amerika sahaja, malah Eropah dan Asia Tenggara juga masih merupakan pasaran besar dan penting.

GEELY selaku syarikat otomotif yang menjadi rakan niaga PROTON turut menerbangkan lebih 10 media permotoran Malaysia untuk merasai sendiri acara pameran otomotif terbesar China. Pelbagai model telah dipertontonkan, seperti GALAXY STARSHIP 7EM-I 2025.

Model ini jelas memberikan kelebihan terhadap pemiliknya apabila menampilkan kenderaan berkuasa baru (NEV) yang bukan sahaja mempunyai ciri-ciri fizikal yang menarik, tetapi menghasilkan kuasa yang begitu menakjubkan.

Menggunakan sistem Thor PHEV generasi baharu yang dibangunkan sepenuhnya oleh Geely menggandingkan transmisi E-DHT dan enjin 1.5L hibrid yang mencatat kecekapan terma 46.5% – antara tertinggi dalam industri global.

E82kW (110hp) dan 136Nm merupakan angka yang mencatatkan kuasa enjinnya,  manakala motor elektrik menghasilkan 160kW (215hp) dan 262Nm. Hasil paduan dua jenis janakuasa kenderaan ini menghasilkan pecutan 0-100 km/j dalam hanya 7.5 saat.

Begitupun, perkara utama yang menjadi tarikan kenderaan ini adalah jarak pemanduan keseluruhan mampu dicapai sewaktu minyak penuh tangki dan bateri penuh caj adalah 1,420 km mengikut kitaran CLTC – angka yang jarang dicapai dalam segmen PHEV.

Pengecasan opsyen pengecasan pantas DC, hanya 20 minit diperlukan mengecas dari 30% ke 80%!!!

Harga jualan dijangka sekitar RM90,000 jelas membuktikan antara PHEV mampu milik di Malaysia.

Leave a comment

Trending