Geely Auto menarik perhatian ramai apabila memperkenalkan sebuah prototaip SUV yang didatangkan dengan pelbagai sistem bantuan pemanduan terutama dari segi keselamatan kenderaan dan teknologi baterinya. Ini jelas mahu dipertontonkan tentang keberadaan yang boleh dihasilkan oleh Geely serta kebolehan mencipta inovasi baru dalam teknologi baru untuk kenderaan yang diproduksi mereka.

Diberikan nama,GALAXY CRUISER, turut menampilkan teknologi yang pertama dalam kelasnya, menukar mod penggunaan kuasa daripada kuasa elektrik sepenuhnya, ke gunakuasa  hibrid (dwi kuasa – bahan bakar dan elektrik)  serta ditambah mod kuasa penambahan pencapaian jarak yang dibantu oleh pacuan empat roda yang diatur oleh AI.

Kelebihan fungsi ini direka untuk pengendalian perlbagai bentuk permukaan jalan yang harus ditempuh oleh SUV unik ini. Ini sekaligus menjadikan ianya sebuah SUV yang mudah diadaptasikan pacuan dan penghantaran kuasanya samada di atas atau di luar jalanraya pada bila-bila masa.

Turut menambah keunikan teknologi SUV GALAXY CRUISER ini, GEELY menamakannya sebagai sistem kerangka digital, membolehkan SUV ini berfungsi secara dinamik yang dikhususkan untuk kegunaan luar jalan atau kegunaan ketenteraan. Ia berupaya untuk bergerak seperti ketam (mengiring), rotasi setempat, pemanduan berterusan walau dengan tayar pancit dan juga drift atau menggelonsor secara berautomomi (pengurusan sendiri).

Malah telah diuji bahawa SUV ini terus terapung atas permukaan air dalam tempoh 2 jam pada kelajuan melebihi 8.5km/j serta kebolehan meredah halangan air sehingga sedalam 800mm.

Apabila melihat senarai inovasi sistem-sistem baru yang dilengkapkan pada GALAXY CRUISER ini, bateri GOLDEN SHORT BLADE ini khabarnya dibina untuk ketahanan ekstrim. Rekaan yang telah didaftarkan hak miliknya, iaitu diselaputi dengan material kalis peluru bagi mengelakkan kejadian panas melampau, kerosakan luaran dan juga anti letupan atau terbakar. 

Bagi menambahkan lagi fungsi-fungsi terkini, kebolehan SUV ini berkomunikasi di antara sistem kebijaksanaan kenderaan dengan sistem perhubungan satelit GEELY yang membolehkan sistem komunikasi tetap berupaya berfungsi walau berada luar bandar atau tempat-tempat terpencil.

GEELY AUTO turut ingin berkongsi teknologi ini dengan mana-mana pengeluar otomotif sebagai langkah ke arah fungsi keselamatan standard untuk setiap kenderaan dengan memperkenalkan Geely Global Safety Centre, yang dirangkakan sebagai sebuah institusi atau makmal global untuk pengkhususan keselamatan otomotif. GEELY tidak teragak-agak membuka ruang untuk berkongsi maklumat dan bekerjasama sebagai mempercepatkan inovasi fungsi keselamatan kenderaan.

Apa yang diharapkan dengan apabila mulanya produksi GEELY GALAXY KRUISER terutama sistem AI yang baru nanti, mampu mengangkat nama GEELY sebagai sebuah syarikat otomotif yang unggul di negara China dan sekaligus menghasikan produk atau kenderaan yang berinovasi dan komited terhadap keselamatan dan penghasilan kenderaan untuk generasi akan datang.

Leave a comment

Trending