
MAEPS SERDANG, 8hb MAY 2025 – Hong Leong Yamaha Motor (“HLYM”) mengesahkan penyertaan mereka dalam pameran kenderaan Malaysia atau Malaysia Auto Show.

Yamaha XMAX 2025 dan
TMAX Tech Max 2025, 2 versi yang terkini dipersembahkan diperkarangan ruang pamer yang begitu futuristik dan menarik perhatian ramai. Lengkap dengan tema warna biru rasmi, lingkaran persembahan cahaya LED menjemput para pengunjung dalam dunia BLU MULTIVERSE. Selain mempamerkan motor-motor yang tidak asing lagi di pasaran, HLYM turut mempertontonkan beberapa motosikal import YAMAHA yang tidak diperolehi dalam pasaran tempatan.

Begitupun, dua bintang utama YAMAHA iaitu dua model dalam MAX series yang tidak asing lagi iaitu XMAX dan TMAX, menjadi topik utama untuk hari tersebut.

Direka untuk kegunaan dalam bandar, yang memerlukan prestasi enjin dan keselesaan menunggang, XMAX 2025 memperlihatkan rekabentuk yang lebih kemas, lengkap dengan pelindung angin elektronik, skrin TFT-LCD, Lampu berhenti kecemasan, dan USB type C untuk kemudahan penunggangnya mengecas alat peranti mereka.

Sementara itu TMAX Tech Max merupakan model 2025 yang membawa ciri-ciri khas pada skuter maxi ini. Membawanya ke peringkat yang lebih unggul dan berinovasi, dengan rekaan hadapan yang dinaiktaraf, penambahbaikan pada sistem brek dalam selekoh ABS, sistem pemberitahuan kadar tekanan tayar, unit pengendalian komunikasi yang menyokong sistem Y-connect dan Garmin.

Dipasarkan dalam warna Icon Red dan Ceramic Grey
(XMAX), serta Magma Black dan Ceramic Grey (TMAX Tech Max), kedua- dua model ini mencerminkan komitmen YAMAHA dalam meningkatkan kejuruteraan, keselesaan dan estetika premium.

Yamaha XMAX 2025 ini dipasarkan pada harga RM24,888, sementara model TMAX Tech Max 2025 pada harga RM75,888, tanpa kos insurans, pendaftaran JPJ dan cukai jalan.
Anda boleh mendapatkan skuter-skuter YAMAHA ini bermula akhir MEI 2025 di semua wakil dan ajen sah Yamaha: https://www.yamaha-
motor.com.my







Leave a comment