
Miri, Sarawak, 28 Julai 2025 — Motul, peneraju global dalam pelincir automotif berprestasi
tinggi, secara rasmi telah melantik East Success Prolube Sdn. Bhd. sebagai pengedar
sahnya di negeri Sarawak. Kerjasama strategik ini merupakan satu pencapaian penting dalam pelan pengembangan pasaran Motul, sekaligus mengukuhkan komitmennya terhadap
Malaysia Timur menerusi kolaborasi dengan syarikat tempatan yang mempunyai dedikasi tinggi, pengetahuan pasaran yang mendalam, serta kecemerlangan dalam operasi.
Menerusi kerjasama ini, East Success Prolube akan mengedarkan rangkaian lengkap pelincir premium Motul, termasuk siri ikonik 300V, Motul 8100 Power, H-Tech, Power SUV, MS-A Power, Eco-Tech, 4100, dan Multipower D-Turbo. Portfolio ini turut merangkumi cecair transmisi, cecair brek, cecair penyejuk, serta rangkaian komprehensif produk penyelenggaraan automotif yang diformulasikan khas untuk memenuhi keperluan kenderaan penumpang dalam pelbagai kondisi pemanduan di Sarawak.
Kerjasama ini menandakan penumpuan semula kepada aspek kebolehcapaian,
kebolehpercayaan, dan perkhidmatan pelanggan, bagi memastikan pengguna di Sarawak mempunyai akses terus kepada formulasi pelincir canggih Motul — yang meningkatkan prestasi enjin, mengurangkan kehausan, dan memaksimumkan kecekapan bahan api.

Ravi Shankar, Pengurus Besar Motul Malaysia, berkata: “Hubungan kerjasama yang dimeterai bersama East Success Prolube bukan sekadar peluasan kehadiran kami di
Sarawak, malah merupakan permulaan satu perjalanan strategik yang berasaskan
kepercayaan, prestasi, dan penghormatan terhadap komuniti automotif. Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan pengedar yang memahami keperluan unik pasaran tempatan
serta berkongsi nilai yang sama dalam mengejar kecemerlangan dalam setiap aspek penjagaan kenderaan. Melalui usaha sama ini, kami yakin pemandu di Sarawak akan mendapat akses kepada pelincir bertaraf dunia yang dipercayai secara global, disokong oleh kepakaran tempatan.”

Pelantikan East Success Prolube adalah sejajar dengan strategi Motul untuk bekerjasama dengan pakar serantau yang memahami kehendak dan dinamik pasaran tempatan, serta
mampu menyediakan perkhidmatan yang berskala besar dan berkualiti tinggi.
Victor Ting, Pengarah Urusan East Success Prolube, menambah: “Kerjasama ini amat bermakna buat kami. Motul bukan sekadar sebuah jenama — ia melambangkan kejuruteraan unggul, warisan sukan permotoran, serta keyakinan pengguna global. Menjadi peneraju pengedaran jenama ini di Sarawak bukan hanya satu peluang perniagaan, malah merupakan komitmen jangka panjang kami terhadap pelanggan serta
komuniti automotif tempatan. Menerusi kerjasama ini, kami bukan sahaja memperluas
penawaran produk, tetapi turut membawa penyelesaian pelincir bertaraf dunia yang memberi manfaat kepada para pemandu dan penyedia perkhidmatan di negeri ini.”
Membina Masa Hadapan yang Lebih Kukuh di Sarawak.
Kerjasama ini menegaskan komitmen jangka panjang Motul terhadap pasaran Malaysia — khususnya Malaysia Timur — yang terus menunjukkan pertumbuhan kukuh dalam permintaan
terhadap pelincir berkualiti tinggi dan berprestasi. Sarawak dikenali sebagai zon pertumbuhan strategik dengan peningkatan pemilikan kenderaan, jarak pemanduan yang jauh, serta tahap kesedaran pengguna yang semakin tinggi terhadap penjagaan kenderaan dan kecekapan operasi. Motul berada pada kedudukan terbaik untuk menyokong keperluan ini melalui teknologi termaju dan rangkaian produknya yang menyeluruh.

East Success Prolube beroperasi di Tingkat 1, Lot 8362, Blok 1, Daerah Tanah Lambir, 98000 Miri, Sarawak.
Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi 014-375 3699 atau emel ke eastsuccessprolube@gmail.com.
Waktu operasi adalah Isnin hingga Jumaat, 9:00 pagi – 6:00 petang, dan Sabtu, 9:00 pagi – 1:00 petang.
Kedai ini menawarkan rangkaian lengkap produk dan perkhidmatan Motul untuk memenuhi keperluan komuniti otomotif Sarawak.
Ikuti perkembangan terkini Motul di Facebook dan Instagram, atau layari:
http://www.motul.com untuk maklumat lanjut.








Leave a comment