Satu ketika dulu, motosikal berkapasiti 150cc ke bawah dikecualikan daripada cukai jualan (sst). Pengecualian itu telah pun berakhir pada 1 Julai 2025 yang lalu. Oleh itu, adalah dijangka, motor-motor yang telah pun terjual selepas tarikh tersebut telah/akan dikenakan tariff cukai jualan.

Para penjual motosikal yang terbabit, telah pun diarahkan oleh Pertubuhan MASAAM- Malaysian Association of Standards and Automotive Aftermarket Manufacturers, supaya mematuhi arahan berkenaan.

Walaupun, MASAAM telah pun menghantar permohonan rasmi kepada pihak Kementerian Kewangan untuk memberi pengecualian cukai jualan bagi motosikal berkapasiti enjin 150cc ke bawah, yang bertarikh pada 6hb Ogos 2025 yang lepas, namun masih menunggu maklum balas serta arahan lanjut daripada pihak Kementerian
Kewangan.


Apakah Kementerian Kewangan masih ingin meneruskan perwartaan cukai jualan terhadap motosikal-motosikal berkapasiti bawah 150cc? Ini bakal memberikan impak yang tidak sihat, sedangkan baru ingin menarik nafas lega dengan bantuan SARA yang diberikan, tetapi menjadi tidak bermakna sekiranya motor kapcai pun turut naik harga! Dapat RM100 tapi telur, beras, barang dapur yang lain turut naik…

Mungkin MMSDA – Persatuan Pembekal Motosikal dan Skuter juga perlu sama-sama gegar pintu KKM?

Leave a comment

Trending