
Jentera dwi-sukan yang dibina untuk jalanraya dan laluan lasak di Malaysia.

Jerantut, Malaysia – 27 September 2025 – Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS), pengeluar motosikal nasional Malaysia dan ahli Kumpulan DRB-HICOM, hari ini meraikan pelancaran rasmi Kawasaki KLX 230S dan KLX 230SM serba baharu.

Kedua-dua motosikal dwi-sukan ini menandakan perkembangan penting dalam barisan Kawasaki MODENAS, direka untuk memberi kebebasan, versatiliti, dan
pengalaman pengembaraan kepada penunggang di Malaysia.

KLX 230S mewarisi DNA dwi-sukan Kawasaki. Dipacu oleh enjin 233cc dengan sistem penyejukan udara, empat lejang, silinder tunggal dengan transmisi enam kelajuan, ia memberikan prestasi yang lancar dan andal. Dengan casis yang ringan,
sistem penyerap hentak perjalanan jarak jauh, serta roda hadapan bersaiz 21 inci dan
roda belakang 18 inci.

KLX 230S menawarkan kestabilan dan kawalan yang sangat baik di pelbagai rupa bumi Malaysia, dari jalan bandar hingga denai hutan. Dengan berat hanya 133 kilogram dan disokong oleh tangki bahan api berkapasiti 7.5 liter, ia menggabungkan ketangkasan dengan ketahanan untuk kegunaan harian dan pengembaraan hujung minggu.

Di samping itu, KLX 230SM memasuki pasaran sebagai varian supermoto untuk
penunggang bandar yang mengidamkan ketangkasan dan ketepatan di jalan raya.

Dibina di atas platform yang sama, ia dilengkapi roda 17 inci, tayar yang berfokuskan jalan raya, dan suspensi talaan sukan untuk pengendalian yang lebih tajam dan kehadiran di jalan yang lebih dominan. Direka untuk gerakan lincah dan kawalan yang
yakin, KLX 230SM menambah keseronokan supermoto kepada barisan Kawasaki di Malaysia.

“Pengenalan KLX 230S dan KLX 230SM mencerminkan komitmen MODENAS untuk membawa motosikal yang sepadan dengan gaya hidup rakyat Malaysia yang sentiasa berkembang. Sama ada anda meneroka denai buat kali pertama, mencari jentera dwi-
sukan yang serba boleh, atau mengejar ketangkasan di jalanan dengan supermoto berfokuskan jalan raya, model-model ini menawarkan kebebasan dalam setiap perjalanan,” kata Roslan Roskan, Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS.

Kedua-dua Kawasaki KLX 230S dan KLX 230SM akan tersedia di semua pengedar Kawasaki di seluruh negara mulai awal Oktober. Harga KLX 230S adalah RM 23,000, manakala KLX 230SM berharga RM 23,600. Semua harga tidak termasuk insurans,
cukai jalan, dan pendaftaran. Pelanggan dijemput untuk mengalami sendiri rangkaian
KLX 230 baharu di bilik pameran Kawasaki.







Leave a comment