250 penunggang, cabaran off-road 150KM, dan semangat kebebasan di atas dua roda.

Jerantut, Malaysia – 27 September 2025 – Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd
(MODENAS), pengeluar motosikal nasional Malaysia dan anak syarikat Kumpulan DRB-HICOM, dengan bangganya menjadi penaja utama bagi Kawasaki Mega Trail Fun Ride 2025. Acara off-road berskala besar ini berjaya menarik penyertaan seramai 250 penunggang dari seluruh Malaysia ke Jerantut, Pahang.

Laluan sepanjang 150 kilometer bermula di Galeri Mat Kilau dan berakhir di Kampung Mat Daling, Jerantut, menguji kemahiran para peserta merentasi pelbagai bentuk muka bumi serta memperlihatkan keupayaan jentera off-road Kawasaki. Pada acara ini juga, MODENAS melancarkan model Kawasaki KLX 230S dan KLX 230SM baharu,
sekaligus memperkenalkan varian dual-sport dan supermoto terbaharu untuk pasaran
Malaysia.

“Kawasaki Mega Trail bukan sekadar acara tunggangan — ia adalah sebuah sambutan kepada semangat penunggang, ikatan persahabatan, serta kebebasan
yang dilambangkan oleh Kawasaki. kata Roslan Roskan, Ketua Pegawai Eksekutif
MODENAS. “Sebagai penaja utama, MODENAS berbangga menyokong acara yang
menghimpunkan penunggang dari seluruh negara serta memperkenalkan siri KLX
230, motosikal yang benar-benar mencerminkan pengembaraan dan kelincahan.”

Bagi meraikan para peserta, Kawasaki Mega Trail Fun Ride 2025 turut menampilkan cabutan bertuah yang menawarkan hadiah lumayan, dengan hadiah utama sebuah motosikal Kawasaki KLX 230S serba baharu. Sambutan berterusan dengan
penyampaian pingat penamat (finisher medal), jamuan BBQ, serta tayangan video sorotan, menjadikan penganjuran ini sebuah festival kebudayaan off-road yang sebenar.

Kawasaki Mega Trail Fun Ride 2025 sekali lagi menegaskan komitmen MODENAS terhadap segmen off-road serta usaha membina komuniti kukuh di sekeliling jenama Kawasaki. Dengan penglibatan aktif daripada penunggang, pihak media dan agensi kerajaan, acara ini berdiri sebagai contoh terbaik bagi sukan lasak bermotosikal di
Malaysia.

Leave a comment

Trending