
KUALA LUMPUR, 30 SEPTEMBER 2025 – Dilancarkan di Courtyard by Marriott Kuala Lumpur South, bersempena Mforce Mid-Autumn Gala, SYM Malaysia dengan
bangganya memperkenalkan model terbaharu, SYM NAGA 155, sebuah skuter kompak yang tampil dengan sentuhan unik menerusi reka bentuk sisik ular yang memberi identiti tersendiri daripada skuter lain di pasaran.
Ditawarkan pada harga RM8,888.00 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans), SYM
NAGA 155 didatangkan dengan empat pilihan warna menarik iaitu Matte Green,
Black, White dan Silver, kini boleh didapati di semua pengedar sah Mforce di seluruh
Malaysia.

SYM NAGA 155 hadir dengan enjin 149.6cc silinder tunggal, 4-lejang, 4-injap berpenyejukan cecair yang direka untuk menggabungkan prestasi dan kecekapan. Enjinnya mampu menjana kuasa maksimum 10.6kW pada 8,000rpm serta tork puncak 13Nm pada 7,500rpm, disokong nisbah mampatan 11.2:1. Dengan padanan saiz piston dan lejang 57.4mm x 57.8mm, ia menawarkan keseimbangan mantap antara kelancaran kuasa dan daya ketahanan.

Sistem bahan api EFI, pencucuhan gegelung bertransistor serta penghidupan elektrik turut melengkapi keseluruhan keupayaan enjin moden ini.

Bagi penghantaran kuasa, SYM NAGA 155 menggunakan CVT dengan pacuan akhir tali sawat serta klac jenis emparan automatik untuk memastikan tunggangan lebih lancar dan responsif. Ketahanan enjin pula diperkukuh melalui sistem pelinciran tekanan paksa dan percikan bersama peregangan automatik, memberikan
perlindungan optimum dan ketahanan jangka panjang untuk setiap perjalanan.

Dari segi dimensi, model ini berukuran 1,995mm panjang, 760mm lebar dan 1,125mm
tinggi dengan jarak roda 1,385mm serta kelegaan tanah 125mm. Ketinggian tempat duduk adalah 800mm, manakala berat keseluruhan 144kg, menjadikannya sesuai
untuk pelbagai jenis penunggang. Kapasiti tangki bahan api pula ialah 7.3 liter.
Sistem suspensi menggunakan fork teleskopik di hadapan (90mm) dan unit lengan ayun di
belakang (37mm). Kuasa membrek hadir dengan cakera tunggal ABS 260mm di
hadapan dan cakera tunggal ABS 233mm di belakang.

Spesifikasi tayar pula, bahagian hadapan menggunakan 120/70-R13 tanpa tiub dan bahagian belakang 130/70-R13 tanpa tiub, memberikan cengkaman kukuh dan kawalan stabil.

Ciri-ciri moden termasuk rekaan corak sisik ular dan taring ular, lampu LED di bahagian lampu utama, lampu belakang, lampu hazard serta signal, paparan meter digital berwarna penuh, sistem tanpa kunci, serta port pengecas USB QC 3.0, Type-
C dan Type-A.

Kuasa elektronik disokong oleh bateri 12V6.5Ah. Kemudahan tambahan termasuk poket simpanan hadapan dengan pemegang cawan, ruang bawah tempat duduk yang boleh memuatkan sebuah helmet muka penuh, tempat letak kaki lanjutan, dilengkapi satu hook tersembunyi dan tempat duduk
berlapik foam berketumpatan tinggi untuk keselesaan maksimum.

Sebagai keselamatan tambahan, SYM NAGA 155 dilengkapi Traction Control System (TCS) yang membantu meningkatkan kawalan dan keyakinan ketika jalan yang kurang mencengkam.

Gabungan gaya berani, teknologi pintar serta identiti unik melalui rekaan sisik ular, SYM NAGA 155 merupakan pilihan ideal buat penunggang moden yang
mahukan gaya, praktikaliti dan keselamatan dalam satu pakej lengkap.

Melalui setiap pembelian mana-mana model SYM NAGA 155, para pembeli boleh
menikmati jaminan pengeluar selama dua tahun atau jarak perjalanan 20,000km
(yang mana tiba dahulu) dan perkhidmatan pembelian alat ganti tulen atas talian oleh
Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd.







Leave a comment