SUNGAI BULOH, 22 OKTOBER 2025 – Sempena dengan MotoGP Malaysia Grand Prix, Hong
Leong Yamaha Motor (“HLYM”) dengan rasminya melancarkan model Yamaha YZF-R25 yang sangat dinantikan di majlis eksklusif MotoGP Rider Meet and Greet yang dihadiri oleh ahli pengurusan tertinggi HLYM serta para pelumba dari pasukan Monster Energy Yamaha MotoGP dan Prima Pramac Yamaha
MotoGP.

Rekaan terbaru R-Series inspirasi daripada DNA perlumbaan Yamaha — membawa semangat litar ke jalanraya. Yamaha YZF-R25 2025 tampil lebih dinamik, agresif dan bergaya, sesuai untuk penunggang yang
mahukan pengalaman tunggangan yang berprestasi tinggi setiap hari. Lebih daripada sekadar motosikal,

R25 ialah lambang identiti dan ekspresi diri.

Gaya R-Series Baharu Yamaha YZF-R25 menampilkan evolusi terkini reka bentuk R-Series dengan profil yang lebih padu dan sporty.

Bahagian hadapan kini dilengkapi dengan fairing yang lebih panjang, memberikan aura kelajuan yang lebih menyerlah, manakala panel kontras yang berani menghasilkan siluet yang lebih kemas dan bergaya. Lampu posisi berkembar menyerlahkan lagi kehadiran motosikal ini dengan rupa yang agresif dan
sedia berlumba dari setiap sudut.

Rekaan Luaran Mesra Penunggang.
Bagi meningkatkan keyakinan penunggang, Yamaha YZF-R25 baharu direka dengan bentuk yang lincah dan ringan untuk kawalan lebih mudah. Tempat duduk dan panel sisi yang lebih tirus meningkatkan keselesaan ergonomik.

Klac ‘Assist & Slipper’
Buat julung kalinya, Yamaha YZF-R25 dilengkapi klac Assist dan Slipper (A&S) untuk penukaran gear menurun yang lebih lancar dan kawalan lebih baik. Dalam situasi tork belakang tinggi, klac ini mengurangkan brek enjin berlebihan, memberikan tunggangan yang lebih responsif, stabil dan menyeronokkan.

Aplikasi Yamaha Motorcycle Connect (Y-Connect App)
Yamaha YZF-R25 baharu kini serasi dengan aplikasi Y-Connect, seterusnya membolehkan penunggang menyambungkan telefon pintar dengan motosikal untuk mendapatkan notifikasi penting, kadar penggunaan minyak, cadangan penyelenggaraan dan juga lokasi parkir terakhir. Fungsi ini memastikan penunggang
sentiasa peka dan berwaspada sepanjang perjalanan.

Selain peningkatan yang baharu, Yamaha YZF-R25 2025 turut mengekalkan kehebatan prestasinya — dikuasakan oleh enjin 249cc dua silinder selari DOHC, menghasilkan 26.4 kW pada 12,000 rpm dan 22.6 Nm tork pada 10,000 rpm.

Ia juga dilengkapi sistem brek anti-kunci (ABS) dan lampu isyarat LED untuk keselamatan dan gaya yang lebih moden.

Yamaha YZF-R25 baharu kini boleh didapati di semua pengedar sah Yamaha di seluruh negara dalam dua warna menawan – Pearl Blu dan Racing Blu. Warna ini direka khas untuk menonjolkan gaya berani, identiti
kuat dan semangat perlumbaan – daripada jalan raya hingga ke litar, disatukan oleh semangat “Blu”.

Harga cadangan semasa adalah RM23,098.00 (tidak termasuk insurans dan yuran pendaftaran).

Leave a comment

Trending