Figura ‘GAYA POP’ Blind Box menampilkan lima figura unik Brody bertemakan YAMAHA X MPL.

Maklumat lanjut mengenai kempen ini adalah seperti berikut:

  1. Figura Edisi Khas NVX
    1,000 orang pemilik pertama Yamaha NVX 155 Edisi SP yang berjaya mendaftar motosikal Yamaha NVX 155 Edisi SP mereka dalam aplikasi Genblu Rewards akan menerima satu kotak hadiah edisi terhad yang mengandungi satu figura Brody NVX dan satu kad hologram eksklusif.
  • Figura edisi terhad ini terhad kepada 1000 unit sahaja
  • Kelayakan adalah berdasarkan ‘siapa cepat, dia dapat’ dan sementara stok masih ada
  • Setelah pendaftaran motosikal disahkan menerusi aplikasi Genblu Rewards, figura akan dihantar terus
    kepada penerima melalui pos

2. Koleksi Figura GAYAPOP Blind Box Empat figura Brody yang lain akan menjadi hadiah percuma melalui aplikasi Genblu Rewards Points ‘topup’ di kedai pengedar sah Yamaha terpilih di seluruh negara bermula 1 November 2025.
Senarai kedai pengedar sah yang menyertai kempen ini:
https://www.yamaha-motor.com.my/yamaha-gaya-pop-blind-box-figurine/

  • Pelanggan yang membuat ‘topup’ minimum RM80 dalam tempoh kempen akan menerima:
    i. 2.5x point bonus yang bersamaan 200 point GBR dan
    ii. Satu (1) Blind Box Figurine ‘GAYA POP’ secara automatik bagi setiap top up RM80
    sebagai hadiah percuma.
    iii. Figura-figura tertakluk kepada ketersediaan stok selagi stok masih ada.

3. Penyertaan Cabutan Bertuah Utama Setiap 200 mata GBR boleh digunakan untuk menebus satu (1) penyertaan *Cabutan Bertuah Utama bagi peluang memenangi motosikal Yamaha NVX 155 SP Edisi Terhad ‘Yamaha x MPL’. Pemenang akan diumumkan semasa MPL MY Season 16 Grand Finals pada 16 November 2025.

  • Tiada had penyertaan – Peminat-peminat boleh menebus sebanyak mana penyertaan yang diingini
    (1 penyertaan = 200 mata GBR)

4. Hadiah Kolektor Utama

  • Tiga (3) pelanggan pertama yang berjaya mengumpul kesemua lima figura Brody bertemakan ‘Yamaha x MPL’ akan menerima hadiah wang tunai bernilai *RM3,000 masing-masing dan sebuah kotak pameran kolektor edisi khas.
  • Tujuh (7) pelanggan seterusnya (Tempat 4- 10) yang berjaya mengumpul set penuh akan menerima kotak
    pameran kolektor eksklusif sebagai ganjaran.
    (*Tertakluk kepada terma & syarat).

Leave a comment

Trending