Hunter 350 kini hadir dengan pilihan warna baharu berinspirasikan gaya jalanan, ketinggian tempat duduk yang rendah, suspensi belakang yang lebih lincah, klac slip & assist, ergonomik yang diperhalusi dan peningkatan premium bagi setiap varian.

Motosikal ini boleh didapati di semua pengedar Royal Enfield di Malaysia bermula hari ini dengan
harga bermula dari RM 21,900.
Royal Enfield turut meraikan pencapaian komuniti Hunter yang telah mencecah seratus ribu pemilik di seluruh dunia.

Malaysia, 12 November 2025: Royal Enfield, peneraju global dalam segmen motosikal bersaiz
sederhana, memperkenalkan 2025 Hunter 350 – sebuah model dipertingkatkan dengan ciri-ciri
baharu bagi roadster jalanan popular ini di Malaysia hari ini. Diinspirasikan dan Direka untuk
Kawasan Kejiranan Paling Cool di Dunia, Hunter 350 edisi 2025 hadir dengan lima warna baharu –Dapper Grey, Tokyo Black, London Red, Rio White dan Rebel Blue.

Dibina untuk jalan bandar, direka untuk ekspresi diri dan kini lebih selesa serta lebih berkeupayaan,
Hunter 350 edisi 2025 boleh didapati di Malaysia bermula hari ini.

Pengerusi Didi Group, Encik Rewi Hamid Bugo berkata, “Didi Group berbangga untuk mengumumkan dan melancarkan varian baharu Hunter 350 yang menawarkan ciri lebih baik berbanding versi sebelumnya sambil mengekalkan harga jualan yang sama.”

Manoj Gajarlawar, Ketua Perniagaan Asia Pasifik di Royal Enfield berkata, “Kejayaan luar biasa Hunter 350 di seluruh dunia jelas menunjukkan motosikal ini benar-benar menarik minat penunggang baharu serta peminat motosikal berpengalaman.”

CIRI-CIRI TERBAHARU HUNTER 350 2025:

  • Warna baharu diinspirasikan kawasan ikonik dunia
  • Ground clearance ditingkatkan, tempat duduk lebih selesa
  • Klac slip-assist pertama pada model 350cc RE
  • Lampu depan LED, tripper pod, USB-C

Leave a comment

Trending