ZHEJIANG, 17 NOVEMBER 2025 – LS2, jenama topi keledar keselamatan yang terkenal di peringkat global, telah melancarkan tiga model topi keledar ‘full face’ serta
jaket terbaharu bersempena acara Mforce TOP 68 Dealers’ Educational Tour Sales
Campaign yang berlangsung di Thaizhou, China.

LS2 FF817 CHALLENGER II, FF818 STORM III, FF820 RAPID III dan LS2 BREEZE bakal memberikan semangat baru buat pencinta dua roda.


LS2 FF817 CHALLENGER II merupakan topi keledar berprestasi tinggi yang direka
khas untuk tunggangan jarak jauh. Diperbuat daripada bahan HPFC yang menggabungkan ketahanan dan ringan. Dilengkapi visor matahari terbina dalam serta sistem Pinlock 120 XLT Max Vision.


LS2 FF818 STORM III pula direka untuk kegunaan harian di bandar mahupun lebuhraya. Cengkerangnya diperbuat daripada bahan KPA yang ringan dan kukuh, dengan sistem pengudaraan maksimum melalui saluran udara atas bersaiz besar. Visor tahan calar ini turut disertakan sistem Pinlock 70 Max Vision anti-kabus dan visor matahari boleh laras untuk keselesaan optimum.


LS2 FF820 RAPID III ialah topi keledar urban-touring yang menampilkan rekaan bergaya dan praktikal. Ia menggunakan bahan HPTT yang ringan dan tahan lama, memberikan keseimbangan terbaik antara prestasi dan ketahanan. Melalui reka bentuk aerodinamiknya, model ini sesuai untuk kegunaan harian atau perjalanan jauh.


LS2 BREEZE ialah jaket ringan yang direka khas untuk penunggang dalam bandar.
Diperbuat daripada fabrik beraliran udara, ia memastikan pengudaraan maksimum
serta keselesaan ketika cuaca panas. Sesuai untuk tunggangan musim panas, jaket ini memberikan perlindungan mencukupi tanpa menjejaskan keselesaan.


Kesemua model ini telah dilancarkan secara rasmi untuk pasaran Malaysia dan bakal
berada di pasaran menerusi pengedar sah Mforce dan CFMOTO di seluruh negara tidak lama lagi.

Leave a comment

Trending