Kuala Terengganu, 27–29 November – Hong Leong Yamaha Motor (“HLYM”) hari ini
memperkenalkan EGO Gear Pro serba baharu, varian dipertingkat dalam rangkaian skuter automatik Yamaha, sempena Yamaha Automatic World Roadshow yang berlangsung di Mayang Mall. Pameran
selama tiga hari ini menghimpunkan keseluruhan barisan model automatik Yamaha, meraikan gaya hidup
yang menekankan gaya, kebebasan dan mobiliti pintar.

Direka khas untuk penunggang muda di bandar, EGO Gear Pro ialah skuter serba boleh yang menjadi pilihan harian – lincah, cekap dan sentiasa boleh dipercayai untuk kegunaan harian seperti ulang-alik ke tempat kerja, urusan ringkas dan perjalanan rutin. Ia sesuai untuk mereka yang mementingkan praktikaliti, keselesaan dan mobiliti tanpa kerisauan, agar hari anda berjalan lancar dengan penuh keyakinan.

  • Prestasi Hibrid yang Lebih Bijak
    Dikuasakan oleh enjin BLUE CORE Hybrid 125cc, EGO Gear Pro menawarkan penjimatan
    petrol yang baik, rasa tunggangan premium serta getaran enjin yang rendah. Ia turut dilengkapi dengan fungsi Power Assist, yang memberikan kuasa tambahan semasa memecut dari keadaan berhenti – terutamanya apabila menunggang bersama pembonceng atau ketika memulakan perjalanan di jalan berbukit. Smart Motor Generator (SMG) menawarkan permulaan senyap, one-push start dan operasi Stop & Start yang lebih lancar. Dengan tangki petrol 5.1 liter, penunggang dapat menikmati jarak tunggangan harian yang lebih praktikal dan memadai.
  • Reka Bentuk Bergaya dan Mudah Dikendalikan
    Badan bergaya aerodinamik dan ringan, EGO Gear Pro menawarkan kawalan yang tangkas di laluan sempit. Lampu hadapan LED memberikan pencahayaan terang, manakala lantai pijak anti-gelincir yang lebar memastikan tunggangan stabil dan selesa. Setiap perincian mencerminkan
    komitmen Yamaha terhadap reka bentuk berkualiti tinggi dan mesra penunggang. Model ini hadir dalam tiga pilihan warna gaya hidup terkini: Stellar White, Navy Green dan Cosmic Blu.
  • Praktikal Untuk Kegunaan Harian
    EGO Gear Pro dilengkapi ciri-ciri praktikal yang sesuai untuk kegunaan sebenar setiap hari.
    Ruang storan bawah tempat duduk 18.6-liter memuatkan barangan penting dan kelengkapan harian dengan mudah. Tempat duduk yang direka semula memberikan keselesaan lebih baik kepada penunggang dan pembonceng, manakala pemegang belakang bersama rak rata menambah
    fleksibiliti untuk membawa barang.
    Melalui aplikasi Y-Connect, pengguna dapat menerima notifikasi panggilan dan mesej, peringatan penyelenggaraan, data penggunaan bahan api, serta lokasi parkir terakhir. Fungsi
    Answer Back Sistem memudahkan pencarian motosikal, manakala paparan meter LCD yang anggun menawarkan bacaan moden yang jelas.

Dengan pengenalan EGO Gear Pro, Yamaha terus mengukuhkan reputasinya dalam dunia skuter moden yang bergaya, pintar, serba boleh dan sesuai untuk kehidupan urban masa kini. Model ini ditawarkan pada harga RM6,198.00 (tidak termasuk cukai jalan & insurans) dan boleh didapati di semua pengedar sah
Yamaha di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, sila layari rangkaian pengedar Yamaha di
https://www.yamaha-motor.com.my/find-dealer/


Roadshow ini turut menyemarakkan semangat komuniti skuter automatik, menampilkan rangkaian penuh
model automatik Yamaha, daripada model bergaya harian hinggalah pilihan premium sekaligus meraikan kebebasan, identiti dan kebanggaan dalam komuniti Automatic Yamaha.

Leave a comment

Trending